88 Penerapan Konsep MADANI dalam Perkhidmatan Awam Senarai di atas hanyalah beberapa contoh isu serta cabaran yang mungkin timbul dalam penggunaan AI dalam perkhidmatan awam. Namun, persoalan utama yang memerlukan jawaban adalah; Adakah penggunaan AI seiring dengan usaha penerapan konsep MADANI di dalam perkhidmatan awam? Oleh itu, artikel ini akan menganalisis dan membincangkan cabaran-cabaran sedia ada seterusnya membuat kesimpulan dan cadangan terhadap rantaian masa hadapan. TINJAUAN LITERATUR Terdapat dua tema yang dikenalpasti penulis dalam membincangkan cabaran-cabaran AI yang perlu dilalui oleh Kerajaan dalam memadanikan Perkhidmatan Awam Malaysia. Tema pertama adalah perkembangan diperingkat tempatan mahupun global yang berkaitan dengan penggunaan teknologi AI di dalam perkhidmatan awam. Tema kedua pula adalah berkaitan dengan konsep Malaysia MADANI seperti mana yang digagaskan oleh YAB Perdana Menteri ke-10. A. Perkembangan Teknologi AI Dalam Sektor Awam Terdapat pelbagai pihak yang telah menjalankan kajian terhadap penggunaan AI di dalam perkhidmatan awam. Perbandingan perkembangan kajian diperingkat domestik mahupun negara luar membuahkan hasil berikut: Medaglia dan Sun (2019) mendapati bahawa penggunaan teknologi AI di dalam perkhidmatan kesihatan awam negara China masih berada di peringkat awal. Terdapat tujuh (7) cabaran besar yang perlu dihadapi dalam mengadaptasi penggunaan teknologi AI di dalam perkhidmatan kesihatan awam iaitu; i) cabaran sosial; ii) cabaran ekonomi; iii) cabaran etika; iv) cabaran politik, dasar dan perundangan; v) cabaran pengurusan dan struktur organisasi; vi) cabaran data; dan cabaran terakhir adalah vii) cabaran berkaitan dengan teknologi AI itu sendiri. Walaupun berlaku transformasi di dalam perkhidmatan kesihatan awam, kesan mahupun implikasi penggunaan teknologi AI terpecah mengikut cabarancabaran seperti yang dinyatakan.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy