Varia Ranah - Penerapan Konsep Malaysia MADANI Dalam Perkhidmatan Awam 2023

Penerapan Konsep MADANI dalam Perkhidmatan Awam Abstrak Perkembangan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam perkhidmatan awam menunjukkan potensi yang besar bagi meningkatkan kecekapan dan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Penerapan AI dalam sektor awam akan memberikan pelbagai manfaat seperti pengautomasian proses rutin melalui inisiatif Robotic Processing Automation (RPA), analisis data melalui Business Intelligence Tool (BIT) serta turut dapat memberikan pengalaman baru kepada rakyat. AI juga dapat membantu meningkatkan keberkesanan dan ketepatan dalam pengurusan sumber manusia seperti penilaian prestasi, saringan permohonan pekerjaan dan sistem sokongan khas yang dapat membantu mempercepatkan proses pembuatan keputusan. Namun, terdapat pelbagai abaran yang perlu dihadapi sebelum penggunaan AI di dalam perkhidmatan awam boleh dibudayakan. Selain daripada keperluan untuk memastikan elemen berkaitan integriti, keselamatan dan privasi data yang digunakan oleh sistem AI lengkap tersedia, teknologi ini memerlukan pemimpin serta kakitangan awam yang celik dan berpengetahuan dalam menggunakan dan mengurus teknologi tersebut. Penggunaan AI juga mestilah mengambil kira dan mengekalkan aspek manusiawi dalam perkhidmatan awam. Ini kerana jika penggunaan AI tidak dikelola dengan bijaksana serta berhemah, aspek manusiawi perkhidmatan awam semestinya akan terjejas. Menerusi pendekatan kualitatif, artikel ini meneroka cabaran yang diberikan oleh AI kepada pihak kerajaan yang sedang berusaha memadanikan perkhidmatan awam. Penulis berhujah bahawa adalah penting untuk menjaga keseimbangan antara penggunaan AI dengan interaksi manusia dalam meraih kelebihan jangka panjang iaitu perkhidmatan awam yang kalis masa hadapan dan maju. KECERDASAN BUATAN (AI) DALAM PERKHIDMATAN AWAM YANG MADANI Afkhar Razi bin Mohamed @ Ariffin, Mohd Syarizal bin Abdull Halim

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy