Varia Ranah - Penerapan Konsep Malaysia MADANI Dalam Perkhidmatan Awam 2023

Memasuki era negara menua, merupakan satu perkara baharu yang belum pernah dialami oleh Malaysia. Perancangan yang rapi perlu dibuat kerana perubahan demografi penduduk ini akan menimbulkan beberapa cabaran kepada negara sama ada secara langsung atau pun tidak langsung. Ianya merangkumi cabaran pelbagai isu termasuklah mengenai isu fizikal dan non-fizikal. Satu kajian pada tahun 2015 , Population Malaysia: A Mosaic of Issues, Challenges & Prospects telah membincangkan lima isu mendepani masalah warga tua di Malaysia meliputi kesihatan, ekonomi , sosial, psiko-spiritual dan juga persekitaran. Datuk Nik Mustapha Nik Hassan (2015), Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam (IKIM) dalam ucapan perasmian Persidangan Meja Bulat IKIM berjudul Realiti Masyarakat Menua: Punca dan Cabarannya di Malaysia telah menyatakan beberapa cabaran yang perlu di tempuh dalam mengharungi kehidupan pada usia emas merangkumi aspek kewangan, sosial, fizikal dan psikologi. Peningkatan kadar penuaan di kalangan populasi penduduk negara akan memberi kesan langsung kepada pertumbuhan ekonomi negara kerana peningkatan bilangan warga tua dilihat sebagai satu faktor yang menyumbang kepada peningkatan kos perbelanjaan awam. Ianya akan melibatkan peningkatan kepada kos pencen serta perubatan dan penjagaan kesihatan. Perkara ini menjadi lebih mencabar kerana menurut satu laporan oleh Pembangunan PBB (UNDP), menyatakan bahawa 90 peratus daripada pencarum Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP) tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk menampung gaya hidup yang ringkas bagi tempoh lima tahun selepas besara. Hal ini tidak termasuk dari segi kos untuk mendapatkan perubatan yang semakin diperlukan apabila umur meningkat. Ketidakmampuan individu berdikari dalam perkara ini akan membebankan kerajaan. Apabila populasi warga tua semakin meningkat, negara akan mengalami kekurangan tenaga kerja mahir. Ini semakin merumitkan apabila berlakunya pertumbuhan perlahan penduduk disebabkan berlakunya kadar kelahiran yang rendah. Pertambahan peratusan warga emas boleh membebankan negara dari pelbagai aspek termasuklah keselamatan sosial warga emas, ketidakseimbangan demografi dan juga kekurangan tenaga buruh yang mampu merencatkan produktiviti negara (Siti Norbainun Parjo, 2023). Kerajaan perlu memikirkan untuk meningkatkan umur persaraan bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja yang mahir. Namun begitu, ia mungkin mempunyai beberapa kelemahan kerana pekerja yang berusia perlu menyesuaikan kemahiran diri dengan teknologi dan persekitaran terkini yang sentiasa berubah serta pesat berkembang. Pihak majikan mungkin boleh memikirkan kaedah pekerjaan yang fleksibel dan produktif. Pihak kerajaan juga perlu memainkan peranan agar kaedah seperti ini boleh dilaksanakan dan diperaku dalam polisi pekerjaan dan memungkinkan warga berusia kembali bekerja sama ada secara sambilan atau tetap dengan waktu bekerja yang fleksibel. Oleh kerana peningkatan usia selalunya dikaitkan dengan bertambahnya penyakit, pihak majikan perlu menyediakan peruntukan yang lebih untuk membayar kos perubatan. Majikan perlu juga meningkatkan aspek keselamatan dan perlu sentiasa meningkatkan prestasi pekerja yang berusia agar sentiasa seiring dengan perkembangan semasa. Telah menjadi budaya di Malaysia, malah dianggap sebagai satu kewajipan penjagaan ibu bapa yang telah tua merupakan tanggungjawab anak-anak. Malahan dalam agama Islam, dituntut untuk berbuat baik terhadap orang tua dan ianya merupakan sesuatu yang diperintah oleh Allah SWT. Namun tidak semua anak mempunyai ilmu mengenai penjagaan warga tua terutama bagi warga tua yang uzur. Menjaga warga tua perlukan kesabaran yang tinggi kerana warga tua mempunyai jiwa yang sensitif dan mudah tersinggung. Penjagaan warga tua juga ada kalanya memerlukan belanja yang tinggi kerana kebanyakan warga tua tidak CABARAN NEGARA TUA 7 VARIA RANAH 2023 Malaysia Negara Menua: Peranan Jentera Kerajaan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy