Varia Ranah - Penerapan Konsep Malaysia MADANI Dalam Perkhidmatan Awam 2023

71 Penerapan Konsep MADANI dalam Perkhidmatan Awam Modal organisasi memberi kesan terhadap prestasi modal insan. Ludewig dan Sadowski (2009) menyatakan bahawa modal organisasi mempunyai kesan yang besar terhadap prestasi. Tronconi dan Vittucci Marzetti (2011) juga bersetuju dengan pandangan Ludewig dan Sadowski (2009) dan menyatakan bahawa modal organisasi mempunyai kesan yang kuat ke atas prestasi firma. Menurut Johri et al. (2011) modal organisasi juga telah menyebabkan organisasi memerlukan pertimbangan serta keputusan baru berkaitan pelaburan ejen, pelaburan semasa dan tahap produktiviti masa hadapan. Kepentingan modal organisasi juga telah dijelaskan oleh Tomer (1998) di mana beliau menyatakan bahawa kehadiran modal organisasi yang terbentuk sama ada semasa proses penggabungan atau sebagai persediaan kerana ia adalah pembolehubah utama yang menjelaskan sama ada ahli organisasi berkelakuan secara bertanggungjawab atau tidak. Ramirez dan Hachiya (2006) menjelaskan bahawa organisasi yang mempunyai stok modal organisasi yang lebih tinggi mempunyai produktiviti dan nilai yang lebih tinggi. Gomes (2007) juga mendefiniskan modal organisasi sebagai bentuk modal khusus yang terkumpul oleh firma. Ia berkaitan dengan pembangunan kod, bahasa teknikal, pengaturan praktikal tentang cara kerja dilakukan dan penciptaan budaya organisasi. Modal organisasi berfungsi sebagai kesan luaran terhadap pengumpulan input modal insan yang memerlukan pelaburan (Gomes, 2007). Menurut Eisfeldt dan Papanikolaou (2013) modal organisasi merupakan faktor pengeluaran penting kepada organisasi dengan mempunyai pekerja yang memiliki kecekapan khusus serta bersesuaian dengan fungsi organisasi. Organisasi yang mempunyai lebih banyak modal organisasi mempunyai pulangan purata sebanyak 4.6% lebih tinggi berbanding dengan organisasi yang mempunyai modal organisasi yang kurang (Eisfeldt & Papanikolaou, 2013). Seterusnya, Lev dan Suresh (2005) menyatakan bahawa modal organisasi adalah sumber unik yang menyumbang kepada prestasi dan pertumbuhan korporat. Walau bagaimanapun, modal organisasi jarang diukur secara dalaman atau dilaporkan kepada pihak berkepentingan (Lev dan Suresh, 2005). Tindakan ini menurut Lev dan Suresh (2005) akan memberi kesan serius terhadap peruntukan dan keputusan pengurusan. Lev dan Suresh (2005) juga telah membangunkan penilaian khusus bagi modal organisasi dan mendapati bahawa ia telah menyumbang secara signifikan terhadap nilai pasaran organisasi. Bagi menjelaskan kepentingan modal organisasi, Bozbura dan Beskese (2007) mendapati modal organisasi adalah sub-dimensi kepada modal intelek, iaitu jumlah aset yang menunjukkan keupayaan kreatif sesebuah organisasi. Bagi mengawal dan mengurus modal organisasi, penilaian hendaklah dilaksanakan terlebih dahulu (Bozbura dan Beskese, 2007). Oleh itu, berdasarkan penjelasan yang diberikan, kepentingan modal organisasi perlulah difahami dalam meningkatkan kreativiti dalam perkhidmatan awam. KESIMPULAN Kertas ini telah membincangkan secara umum mengenai kepentingan sumber organisasi dalam meningkatkan kreativiti dalam perkhidmatan awam. Bagi mewujudkan pemahaman yang jelas, kertas ini telah menerangkan secara terperinci empat (4) perkara utama yang merangkumi sumber organisasi, kreativiti, modal insan dan modal organisasi. Sumber organisasi adalah penting dalam memastikan organisasi dapat melaksanakan fungsi dan objektif penubuhannya. Pada masa kini sumber organisasi adalah amat terhad disebabkan pelbagai cabaran dan persaingan global. Perkhidmatan awam perlu menguruskan sumber secara optimum bagi memastikan rakyat menerima perkhidmatan yang terbaik. Sumber organisasi perlu diurus dengan baik bagi mengelakkan berlakunya pembaziran sumber yang akhirnya memberikan kerugian kepada rakyat dan negara.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy