70 VARIA RANAH 2023 Kepentingan Sumber Organisasi Bagi Meningkatkan Kreativiti Perkhidmatan Awam di Malaysia B. Modal Organisasi Perkhidmatan awam memerlukan modal organisasi yang kukuh bagi memastikan kekal relevan kepada kerajaan dan rakyat. Menurut Martín-de-Castro et al. (2006) modal organisasi yang terdiri daripada budaya, struktur, pembelajaran organisasi, berupaya menjadi sumber kepada kelebihan daya saing organisasi. Martín-de-Castro et al. (2006) juga menyatakan bahawa modal organisasi boleh dilihat sebagai aset berharga yang sukar untuk ditiru, diganti dan mempunyai jangka hayat yang berpanjangan. Selanjutnya, Oshima et al. (2009) menyatakan bahawa organisasi bertindak sebagai ejen yang memiliki modal insan dalam bentuk kemahiran atau bakat tertentu. Apabila membangunkan sesebuah organisasi modal insan adalah penting dan sangat bernilai (Oshima et al., 2009). Menurut Oshima et al. (2009) modal organisasi terhasil apabila organisasi berupaya membangun modal insan secara berterusan. Berdasarkan kajian oleh Oshima et al. (2009) yang melibatkan 755 orang responden di Jepun mendapati perubahan kepada organisasi adalah hasil daripada transformasi modal insan kepada modal organisasi. Proses dinamik dalam mengubah modal insan kepada modal organisasi telah meningkatkan nilai organisasi (Oshima et al., 2009). Bagi menerangkan berkaitan modal organisasi, Prescott dan Visscher (1980) berpandangan modal organisasi ialah aset firma yang terkumpul melalui maklumat. Oleh sebab itu, Prescott dan Visscher (1980) menyimpulkan bahawa maklumat adalah aset kepada organisasi yang dapat mempengaruhi pencapaian dan output organisasi. Pernyatan ini turut disokong oleh Tronconi dan Vittucci Marzetti (2011) yang mendapati modal organisasi juga mempunyai kesan yang kuat serta menunjukkan korelasi positif ke atas prestasi organisasi. Modal organisasi memberi manfaat berguna kepada pengurusan sesebuah organisasi. Carlin et al. (2012) mendapati organisasi yang mempunyai lebih banyak modal organisasi mempunyai pusing ganti pekerja yang lebih rendah, kepelbagaian kemahiran dan gaji yang lebih tinggi dalam kalangan pekerja. Selain itu Carlin et al. (2012) mendapati organisasi dalam industri yang sentiasa berubah berkemungkinan untuk melabur dalam modal organisasi, dan mempunyai pusing ganti pengurusan yang tinggi. Walau bagaimanapun, Carlin et al. (2012) mendapati peraturan perlindungan pekerjaan membawa kepada lebih banyak pelaburan dalam modal organisasi tetapi hasil inovasi adalah lebih rendah. Takrifan modal organisasi menurut Fu et al. (2016) adalah pengetahuan yang terbentuk dalam organisasi menggunakan pangkalan data, proses dan budaya organisasi yang membolehkan pemindahan pengetahuan antara individu dan kumpulan dalam organisasi. Fu et al. (2016) berpandangan modal organisasi mengukuhkan kesan terhadap prestasi organisasi. Kajian yang dilaksanakan oleh Fu et al. (2016) terhadap 93 buah organisasi perakaunan mendapati bahawa prestasi adalah lebih kukuh apabila tahap modal organisasi adalah lebih tinggi. Dapatan ini turut menyokong kepentingan sumber organisasi dalam meningkatkan prestasi organisasi (Fu et al., 2016). Selanjutnya Miles dan Van Clieaf (2017) mendefinisikan modal organisasi sebagai aset tidak ketara yang menghasilkan nilai berterusan melalui penjanaan pertumbuhan hasil ke atas inovasi, kecemerlangan operasi dan hubungan pemegang kepentingan. Modal organisasi sukar difahami kerana wujudnya persaingan berkaitan pengurusan dan takrifan yang lebih meluas (Miles dan Van Clieaf, 2017). Oleh itu, Miles dan Van Clieaf (2017) telah memcadangkan model komprehensif untuk memahami proses kritikal, komponen dan hubungan yang diperlukan yang mengakibatkan peningkatan nilai melalui penciptaan modal organisasi.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy