Varia Ranah - Penerapan Konsep Malaysia MADANI Dalam Perkhidmatan Awam 2023

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB NEGARA MENUA Kesan perubahan sosioekonomi Malaysia mepengaruhi demografi negara. Arus kemodenan telah merubah kualiti kehidupan masyarakat di Malaysia. Peluang persekolahan yang menyeluruh dan terbuka telah memberikan kesempatan kepada seluruh masyarakat Malaysia untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran. Lebih ramai masyarakat berpeluang untuk membina kerjaya dan memajukan diri serta meningkatkan ekonomi diri. Penyertaan masyarakat dalam kegiatan ekonomi membolehkan masyarakat menikmati kehidupan yang berkualiti. Secara tidak langsung ini telah merubah dan mempengaruhi sikap, cara berfikir dan pandangan hidup dalam masyarakat Malaysia. Pasaran kerja yang terbuka tanpa membezakan jantina telah membuka ruang yang luas untuk wanita bersama-sama membangunkan ekonomi diri dan keluarga. Wanita tidak lagi hanya mengurus rumah tangga malah telah turut sama berganding dengan lelaki sebagai tonggak ekonomi keluarga. Ini telah menyebab berlakunya perubahan pandangan mengenai kekeluargaan. Ramai yang melewatkan perkahwinan, menghadkan bilangan anak, hubungan suami isteri yang berkala, pasangan jarak jauh dan pelbagai corak kekeluargaan yang menyebabkan berlakunya pengurangan kadar kelahiran negara. Hasil kemakmuran negara sejak merdeka, membolehkan kerajaan meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan di Malaysia dan semua rakyat boleh mendapat akses untuk rawatan kesihatan dengan caj yang minima. Sistem kesihatan yang baik dan menyeluruh merupakan salah satu faktor penyumbang kepada peningkatan jangka hayat individu. Menurut bancian Malaysia, kadar kelahiran dan kematian telah menurun berbanding sedekad yang lalu. Penurunan kesuburan negara serta peningkatan jangka hayat penduduk memberi impak ketara pada peningkatan kadar penuaan penduduk Malaysia. Selama ini, Malaysia mempunyai kelebihan dari segi demografi yang menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara. Namun, kumpulan umur bekerja semakin mengecil berbanding populasi keseluruhan negara akan mengakibatkan kemerosotan satu pertiga daripada ramalan KDNK (2030 – 2050). Laporan World Bank (2020) mengunjurkan kemerosotan KDNK Malaysia dari 4.5% pada tahun 2019 ke 1.8% menjelang 2050. 6 Penerapan Konsep MADANI dalam Perkhidmatan Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy