Varia Ranah - Penerapan Konsep Malaysia MADANI Dalam Perkhidmatan Awam 2023

68 Penerapan Konsep MADANI dalam Perkhidmatan Awam Kertas ini akan membincangkan sumber organisasi yang dapat meningkatkan kreativiti dalam perkhidmatan awam berdasarkan kepada dua (2) sumber utama iaitu modal insan dan modal organisasi. A. Modal Insan Perkhidmatan awam bergantung kepada modal insan yang dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara. Modal insan perlu dibangunkan supaya ia berupaya melaksana tugas berdasarkan keperluan organisasi. Pelaksanaan tugas memerlukan kreativiti supaya tugasan dapat diselesaikan dengan lebih pantas. Egorov (2020) menjelaskan bahawa modal insan adalah penting untuk peralihan kepada laluan pembangunan yang inovatif. Bell (1984) dalam kajian beliau telah menyatakan bahawa sumber utama pertumbuhan ekonomi bagi sesebuah negara ialah modal insan yang mempunyai pendidikan, kemahiran, potensi produktiviti dan daya cipta yang digabungkan dengan modal bagi menghasilkan output. Pulangan ke atas modal insan dihasilkan apabila pengetahuan baharu, produk atau proses baharu menjadi output kepada organisasi (Bell, 1984). Selain itu, Bell (1984) juga menyatakan bahawa proses sebenar membuat keputusan mengenai pelaburan dalam modal insan adalah berbeza berbanding dengan pelaburan dalam modal fizikal atau kewangan. Modal insan mempunyai pelbagai takrifan berdasarkan kajian oleh penyelidikpenyelidik lepas. Nurjanah (2014) telah mendefinisikan modal insan sebagai pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang boleh digunakan untuk menghasilkan perkhidmatan yang profesional. Modal insan untuk syarikat dimiliki oleh pekerjanya yang memiliki keupayaan kolektif untuk mencipta idea, inovasi dan penyelesaian yang sesuai untuk menyumbang kepada pencapaian matlamat organisasi (Nurjanah, 2014). Pivovarov dan Mazur (2013) menyatakan bahawa modal insan adalah faktor utama dalam menjayakan inovasi. Modal insan adalah aset berharga yang boleh digunakan untuk mencipta kelebihan daya saing. Pelaburan dalam modal insan ialah cara yang berkesan untuk menggalakkan inovasi dalam organisasi. Soufyan dan Nugroho (2019) berpandangan modal insan ialah strategi teras yang merujuk kepada pengetahuan, kemahiran, kebolehan dan potensi individu. Seterusnya, Khristolyubova (2020) menjelaskan bahawa kecekapan manusia diperlukan untuk memastikan pembangunan sosial-ekonomi yang berkesan, selamat dan mampan dalam tempoh semasa dan akan datang. Modal insan merupakan sumber yang semakin penting dalam ekonomi dunia moden (Khristolyubova, 2020). Walau bagaimanapun, Khristolyubova (2020) juga berpandangan pendigitalan secara meluas masa kini telah mengubah peranan dan kualiti modal insan. Modal insan adalah faktor penting dalam pertumbuhan dan pembangunan sosio-ekonomi negara. Modal insan boleh dibangunkan melalui pelaburan dalam pendidikan, latihan, dan penjagaan kesihatan. Pelaburan dalam modal insan mempunyai kelebihan dari segi seperti peningkatan kualiti perkhidmatan, pertumbuhan produktiviti, penunjuk kewangan dan pembentukan iklim sosio-psikologi yang stabil dalam pasukan. Dua aspek dalam menilai modal insan ialah dari segi kos dan keuntungan yang diperolehi hendaklah diberi perhatian organisasi. Bagi meningkatkan kreativiti dalam perkhidmatan awam, konsep modal insan perlulah dihayati secara meluas di pelbagai peringkat. PERBINCANGAN

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy