67 VARIA RANAH 2023 Kepentingan Sumber Organisasi Bagi Meningkatkan Kreativiti Perkhidmatan Awam di Malaysia Rangarajan (2008) mendapati kreativiti aktif dilaksana di peringkat tempatan dan negeri. Kebanyakan tindakan kreatif dilihat hanya sebagai tindak balas kepada masalah dan bukannya sebagai peluang (Rangarajan, 2008). Pernyataan Rangarajan (2008) telah disokong oleh Awang et al. (2020) yang menyatakan bahawa kreativiti adalah teras pertumbuhan ekonomi dan daya saing berasaskan pengetahuan digital. Kreativiti mesti digalakkan bagi menghasilkan inovasi (Daymon,2001). Kreativiti dalam kalangan penjawat awam harus dipertingkatkan kerana perkhidmatan awam merupakan pemacu kepada sistem tadbir urus negara (Awang et al., 2020). Awang et a. (2020) mendapati kepimpinan yang berkesan adalah perlu untuk memupuk kreativiti dalam perkhidmatan awam. Empat dimensi kepimpinan transformasi iaitu rangsangan intelektual, pengaruh ideal, pertimbangan individu, dan motivasi inspirasi mempunyai kesan langsung yang signifikan terhadap kreativiti penjawat awam (Awang et al., 2020). Jaskyte et al. (2010) menjelaskan bahawa kreativiti sangat penting bagi organisasi yang tidak berasaskan keuntungan untuk memastikan sumber diguna secara maksimum. Kreativiti merupakan langkah permulaan kepada inovasi. Persekitaran kerja yang tertentu boleh menyumbang kepada peningkatan tahap kreativiti. Oleh itu, organisasi yang tidak berasaskan keuntungan perlu mempunyai kaedah yang sesuai untuk meningkatkan kreativiti pekerja. Menurut Madden dan Bloom (2001) kreativiti ialah aset berharga bagi individu, organisasi dan masyarakat. Aktiviti kreatif harus digalakkan dan disokong untuk memaksimumkan potensi mereka. Program atau aktiviti kreatif perlu dilihat sebagai satu bentuk pelaburan yang memberi keuntungan kepada organisasi dan bukannya merupakan kos kepada organisasi. Seterusnya, Müller dan Ulrich (2013) dalam kajian mereka telah menjelaskan bahawa dalam persekitaran persaingan yang sangat mencabar hari ini, pasaran berubah dengan pantas dan kelebihan daya saing sukar untuk dikekalkan. Organisasi terpaksa membuat inovasi dan mengenal pasti peluang perniagaan baharu untuk berada dalam dunia persaingan (Müller dan Ulrich, 2013). Walau bagaimanapun, inovasi hanya dapat dihasilkan apabila adanya kepintaran dan kreativiti (Müller dan Ulrich, 2013). Pembangunan produk dan perkhidmatan sangat bergantung pada kreativiti pekerja (Müller dan Ulrich, 2013). Akhirmya, Müller dan Ulrich (2013) menegaskan bahawa pengurusan kreativiti dalam organisasi adalah perlu bagi memastikan budaya kreativiti diurus dengan teratur yang memberi impak kepada organisasi. Kreativiti dan sistem kerja berprestasi tinggi adalah penting untuk meningkatkan prestasi sektor awam. Bagi memenuhi keperluan ini, penjawat awam perlu lebih kreatif. Sistem kerja berprestasi tinggi membantu mengurangkan kos dan meningkatkan penyampaian perkhidmatan. Selain itu, pendekatan kreatif untuk menyelesaikan masalah boleh membantu meningkatkan kecekapan dan keberkesanan. Organisasi perlu juga memahami sifat kreativiti dan teori tentang kreativiti untuk menggalakkan kreativiti di tempat kerja. Oleh itu, ganjaran perlu diberikan kepada individu yang kreatif untuk menggalakkan kreativiti di tempat kerja.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy