Varia Ranah - Penerapan Konsep Malaysia MADANI Dalam Perkhidmatan Awam 2023

65 VARIA RANAH 2023 Kepentingan Sumber Organisasi Bagi Meningkatkan Kreativiti Perkhidmatan Awam di Malaysia Pelaksanaan program kreativiti dalam perkhidmatan awam bergantung kepada fokus kerajaan. Setiap kerajaan mempunyai objektifnya yang tersendiri apabila memerintah sesebuah negara. Bagi memastikan rakyat menyokong kerajaan semasa yang memerintah, suara rakyat perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan. Kreativiti perlu diberi perhatian oleh kerajaan supaya pelbagai masalah rakyat dapat ditangani oleh kerajaan. Perdana Menteri Malaysia kesepuluh telah memberi penekanan terhadap daya cipta atau juga dikenali sebagai kreativiti melalui Konsep Malaysia MADANI yang telah diperkenalkan. Oleh yang demikian tindakan yang lebih drastik perlu diambil bagi menjayakan salah satu rukun utama Malaysia MADANI iaitu daya cipta. Program kreativiti dalam perkhidmatan awam masih belum dilaksana sepenuhnya. Ini berdasarkan kebanyakan organisasi sektor awam tidak menetapkan kreativiti sebagai rujukan utama dalam pelaksanaan visi dan misi organisasi. Kreativiti membantu organisasi untuk memastikan kejayaan visi dan misi organisasi melalui pelbagai kaedah dengan pantas serta lebih berkesan. Pada masa sekarang tiada pengukuran yang jelas mengenai tahap kreativiti dalam perkhidmatan awam. Jika tiada pengukuran, maka tindakan penambahbaikan juga tidak dapat dilaksanakan dengan lebih bermakna. Pengukuran tahap kreativiti adalah perlu dalam memastikan sumber digunakan dengan lebih optimum. Kreativiti tidak ditetapkan dengan jelas dalam aspek penilaian prestasi perkhidmatan awam. Pada masa kini, penilaian prestasi tidak menetapkan elemen kreativiti sebagai kriteria penilaian. Oleh itu, kaedah penilaian prestasi berasaskan kreativiti perlu dikaji secara menyeluruh. Prestasi serta keupayaan perkhidmatan awam memberikan perkhidmatan terbaik sentiasa menjadi topik utama perbincangan di pelbagai peringkat. Secara umumnya, rakyat menilai pencapaian perkhidmatan awam adalah baik apabila keperluan serta kehendak rakyat dapat dipenuhi. Oleh yang demikian, tindakan yang lebih drastik adalah perlu dalam meningkatkan kreativiti dan prestasi perkhidmatan awam. TINJAUAN LITERATUR Tinjauan literatur kertas ini akan menerangkan secara umum berkaitan dengan sumber organisasi dan kreativiti. A. Sumber organisasi Organisasi bergantung pada sumber dalam memastikan sentiasa relevan dan berdaya saing. Sumber organisasi yang bersesuaian penting bagi memastikan organisasi dapat melaksanakan misi dan visi organisasi. Menurut Donaldson (2009), organisasi merupakan sebuah sistem kompleks yang memerlukan pendekatan holistik untuk difahami. Organisasi adalah dinamik dan sentiasa berubah yang memerlukan proses penyesuaian dan pembelajaran yang berterusan (Donaldson, 2009). Organisasi perlu menguruskan sumber dengan baik. Pengurusan sumber penting dalam memastikan organisasi mencapai prestasi yang diharapkan. Perubahan pantas masa kini memerlukan organisasi untuk mengurus sumber dengan lebih berkesan. Watson (2014) menyatakan bahawa organisasi mesti dapat menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi dan keperluan pelanggan untuk terus berjaya. Menurut Watson (2014), matlamat dan objektif untuk menggunakan teknologi dengan berkesan perlu difahami secara mendalam bagi menghadapi ketidaktentuan cabaran.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy