64 Penerapan Konsep MADANI dalam Perkhidmatan Awam Seterusnya dari segi Laporan Global Innovation Index (GII) yang dikeluarkan oleh World Intellectual Property Organization (WIPO) di Geneva, Switzerland, kedudukan Malaysia tidak berubah kekal di kedudukan ke-36 bagi tahun 2021 dan 2022 (WIPO, 2023). Kedudukan Malaysia pada tahun 2020 adalah tiga tangga lebih baik pada kedudukan ke-33. Tiada perubahan kedudukan menggambarkan tiada tindakan susulan diambil dalam menambahbaik kedudukan negara dari segi Laporan Global Innovation Index (GII). Tindakan penambahbaikan adalah perlu bagi memperbaiki kedudukan negara di peringkat global. Sumber organisasi adalah terhad terutama bagi organisasi sektor awam. Pelbagai cabaran perlu dihadapi perkhidmatan awam dengan sumber yang terhad. Sumber organisasi merangkumi manusia, sistem, kewangan, bahan dan juga maklumat dalam melaksanakan tugas. Bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kerajaan dilaksanakan dengan baik, perkhidmatan awam amat bergantung kepada sumber yang mencukupi. Pengurusan sumber yang efektif adalah sangat penting bagi mengelakkan berlakunya ketirisan sumber yang akan menimbulkan kerugian kepada kerajaan. Sumber hendaklah diurus dengan baik dan berhemah. Perkhidmatan awam menguruskan sumber berdasarkan peraturan serta undang-undang semasa yang berkuatkuasa. Tata kelola yang baik dapat memastikan sumber diurus dengan baik. Walau bagaimanapun, masih terdapat berlakunya salah laku dalam pengurusan sumber di sektor awam berasaskan laporan oleh agensi yang berkaitan. Sumber adalah merupakan hak bersama dan milik rakyat. Sumber sewajarnya dirancang dan diurus dengan baik bagi memastikan sumber dinikmati secara maksimum. Pengurusan sumber yang baik dapat meningkatkan kecekepan sesubuah organisasi.Sumber yang diurus dengan cekap, akan menjimatkan kos kepada negara. Kos yang dapat dijimatkan boleh digunakan bagi menampung program pembangunan yang dapat memberi keuntungan kepada rakyat. Terdapat pandangan yang menyatakan bahawa kreativiti tidak dapat dilaksana sekiranya tidak mempunyai sumber yang mencukupi. Sebagai contoh, projek kreativiti tidak dapat dijalankan kerana tidak mempunyai sumber kewangan. Dalam membangunkan sesuatu produk baharu, peruntukan kewangan sangat diperlukan. Sumber kewangan yang terhad tidak sewajarnya menjadi penghalang kepada kreativiti dalam organisasi.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy