Penerapan Konsep MADANI dalam Perkhidmatan Awam Abstrak Perkhidmatan awam berperanan penting dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat. Sesuai dengan peranan bagi memenuhi keperluan rakyat, perkhidmatan awam sentiasa berdepan dengan pelbagai cabaran. Ekspektasi rakyat terhadap kualiti penyampaian perkhidmatan kerajaan juga semakin meningkat seiring dengan perubahan semasa. Bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kerajaan adalah bermutu serta disenangi rakyat, kreativiti perlu diterapkan dengan lebih meluas dalam perkhidmatan awam. Oleh yang demikian, sumber organisasi adalah penting dalam meningkatkan kreativiti organisasi. Selari dengan pernyataan tersebut, kertas ini bertujuan untuk meneroka kepentingan sumber organisasi yang terdiri daripada modal insan dan modal organisasi dalam meningkatkan kreativiti perkhidmatan awam di Malaysia. Kata Kunci: sumber organisasi, kreativiti, modal insan, modal organisasi, perkhidmatan awam KEPENTINGAN SUMBER ORGANISASI BAGI MENINGKATKAN KREATIVITI PERKHIDMATAN AWAM DI MALAYSIA Ruhaidi Azmi
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy