56 Jadual 3: Analisis Dokumen Kerajaan berkaitan Orang Kurang Upaya (OKU) DOKUMEN OBJEKTIF MEKANISME PELAKSANAAN KELOMPONGAN UNTUK DIKAJI PPSM Ceraian UP.1.3.6 Dasar Satu Peratus Peluang Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam Kepada Orang Kurang Upaya oleh JPA Menambahbaik pelaksanaan dasar melalui langkahlangkah afirmatif dan pemantauan berterusan oleh Suruhanjaya selaku Pihak Berkuasa Melantik serta Kementerian dan Agensi di bawah Kementerian sebagai agensi yang akan menerima OKU bekerja. 1. Penambahbaikan tugas Suruhanjaya/PBM: • menyediakan ruangan bagi OKU menyatakan status & kategori ketidaupayaannya dalam sistem; • menetapkan syarat minimum kepada OKU dalam tapisan pengambilan; • melantik penemu duga daripada Pegawai JKM; dan • melaksanakan penyesuaian munasabah dalam urusan pengambilan. 2. Ketua Jabatan perlu melaksanakan orientasi di tempat kerja bagi membantu OKU menyesuaikan diri dan memastikan OKU mendapat keselesaan dalam menjalankan tugas. 3. Pelaporan pencapaian pekerjaan OKU dihantar ke Bahagian Perkhidmatan JPA setiap enam (6) bulan. 1. Walaupun dasar telah ditambahbaik, namun; • bidang tugas Suruhanjaya masih bersifat pilihan dengan penggunaan ayat “menimbang pelaksanaan langkah-langkah pengambilan berikut”; • dasar tidak bersifat punitif (tiada elemen penguatkuasaan) menyebabkan kebanyakan Agensi tidak memandang serius pencapaian dasar; • data semasa adalah berdasarkan sistem yang tidak mencakupi keseluruhan penjawat awam seperti Pasukan Polis dan Angkatan Tentera. Oleh itu, skop dasar perlu lebih khusus supaya pencapaian dapat diukur sebaiknya. Data tertakluk kepada deklarasi penjawat awam. Terdapat banyak kes OKU tanpa deklarasi yang tidak dapat dikesan di dalam sistem HRMIS; dan • tiada elemen pengurusan perubahan dalam menjamin kesejahteraan OKU di tempat kerja setelah dilantik. Pelan Tindakan Orang Kurang Upaya (2016-2022) oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat 1. Memberi pengiktirafan serta penerimaan prinsip bahawa OKU mempunyai hak dan peluang yang sama bagi penyertaan penuh dalam masyarakat. Penetapan 10 Teras Strategik yang mengandungi 15 Strategi khusus untuk direalisasikan melalui 107 program/tindakan (18 jangka sederhana 2016-2022 dan 89 jangka panjang 2016-2022) di bawah pelbagai Agensi Peneraju (kementerian/ jabatan) dan agensi sokongan. Setiap Strategi mempunyai Objektif khusus dengan penetapan key performance indicator (KPI) atau sasaran. 1. Pemantauan kemajuan pelan tindakan kurang berkesan kerana MKBOKU tidak bersidang mengikut ketetapan 3 kali setahun; 2. Penetapan tahun 2016 hingga 2020 sebagai tempoh jangka masa panjang untuk pencapaian KPI atau sasaran adalah tidak sesuai kerana tempoh tersebut (5 tahun) bersifat jangka masa sederhana. Manakala penetapan tahun 2016 hingga 2018 sebagai tempoh jangka masa sederhana juga adalah tidak sesuai kerana tempoh tersebut (2 tahun) bersifat jangka pendek; Penerapan Konsep MADANI dalam Perkhidmatan Awam
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy