55 VARIA Model Pengurusan Perubahan Inklusif Bagi Meningkatkan Kesejahteraan Analisis kandungan juga telah dijalankan terhadap beberapa dokumen rasmi kerajaan dan secara umumnya dokumen-dokumen ini memperkenalkan dasar, program-program latihan dan langkah-langkah antaranya mempromosikan peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam untuk OKU dan meningkatkan kesejahteraan hidup OKU secara amnya. Dokumen tersebut adalah: (i) PPSM Ceraian UP.1.3.6: Dasar Satu Peratus Peluang Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam Kepada Orang Kurang Upaya oleh Jabatan Perkhidmatan Awam; (ii) Pelan Tindakan OKU oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat; dan (iii) Pelan Tindakan Memperkasakan Penempatan Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) oleh Kementerian Sumber Manusia. Manakala, Surat Arahan KP MAMPU Bil.2/2022 Panduan Pengurusan perubahan sektor awam (CMsa) oleh MAMPU berisi panduan, arahan dan petunjuk kepada agensi kerajaan dalam menghadapi perubahan dan meningkatkan kecekapan pengurusan di sektor awam. Ringkasan kandungan penting dokumen-dokumen kerajaan berkaitan OKU yang telah dianalisis adalah seperti di Jadual 3. Secara ringkasnya, kesemua dokumen yang disenaraikan di Jadual 3 tidak menerangkan dengan seimbang antara keperluan OKU dengan keperluan organisasi dan tempat kerja. Aspek seperti kesejahteraan dan onboarding untuk OKU di tempat kerja tidak dinyatakan dalam kesemua dokumen. Selain itu, dokumendokumen tersebut perlu mempertimbang isu-isu keperluan khusus yang mungkin dihadapi oleh OKU dengan jenis kecacatan yang berbeza. Pemahaman yang mendalam terhadap keperluan individu adalah penting untuk memastikan keadilan dan inklusiviti dalam model pengurusan perubahan yang akan dibangunkan.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy