54 Penerapan Konsep MADANI dalam Perkhidmatan Awam Jadual 2: Rumusan Kandungan Konsep Malaysia MADANI dan dihubungkaitkan dengan kepentingan pekerjaan OKU PRINSIP MADANI PENERANGAN PRINSIP PERKAITAN DENGAN OKU Kemampanan Memastikan kelestarian sumber dan alam sekitar, ekonomi lestari dan sosial yang seimbang Memastikan kelangsungan pembangunan dan pemulihan ekonomi OKU, memberi akses dan peluang kepada OKU menjana pendapatan dan menyumbang kepada ekonomi Kesejahteraan Menyediakan keselesaan, kesihatan, dan kesejahteraan sosial kepada seluruh rakyat Malaysia Menjamin keperluan asas OKU, termasuk akses kepada kesihatan, kesejahteraan hidup dan kemudahan mudah alih Daya Cipta Mempunyai kemampuan dan kebolehan menghadapi cabaran global dan menggunakan sumber tempatan untuk mencapai kejayaan jangka panjang Memberi sokongan kepada OKU untuk memupuk kemahiran, kebolehan dan daya cipta yang diperlukan untuk memasuki pasaran pekerjaan Hormat Menghormati hak asasi manusia dan kepelbagaian budaya Malaysia Mempromosikan pengiktirafan dan penghormatan terhadap OKU, dan memperjuangkan hak asasi mereka secara menyeluruh Keyakinan Menjalin kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan melalui keberkesanan dan kecekapan mengurus negara Meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap kebolehan OKU dan memberi mereka peluang untuk berkhidmat dalam sektor pekerjaan, sama ada swasta atau awam Ihsan Membina masyarakat yang berhemah dan prihatin terhadap keperluan orang lain Memastikan OKU mendapat sokongan dan perlindungan dan menekankan nilai keperihatinan dan keadilan bagi OKU
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy