53 VARIA Model Pengurusan Perubahan Inklusif Bagi Meningkatkan Kesejahteraan di Tempat Kerja Bagi Penjawat Awam Orang Kurang Upaya dalam Analisis penandaarasan seperti di Jadual 1 dijalankan bagi membandingkan amalan pengurusan perubahan OKU di Malaysia dengan amalan terbaik negara-negara terpilih di dunia. Daripada analisis kandungan, didapati Malaysia lebih memfokus kepada pengambilan berbanding Australia dan Canada yang lebih komprehensif dan mengambil kira faktor persekitaran tempat kerja dalam strategi menjamin inklusiviti. Jadual 1: Penandaarasan di antara Malaysia, Australia dan Canada DAPATAN KAJIAN/PERBINCANGAN FAKTOR MALAYSIA AUSTRALIA CANADA Agensi Jabatan Perkhidmatan Awam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Australia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Canada Sasaran dan pencapaian tahun 2022 1% (pencapaian 0.3%) 7% (pencapaian 4.1%) 7% (pencapaian 5.3%) Strategi menjamin inklusiviti OKU dalam Perkhidmatan Awam Dasar Satu Peratus Peluang Pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam Kepada Orang Kurang Upaya Memfokus kepada pengambilan dan keperluan orientasi di tempat kerja Australian Public Service Disability Employment Strategy 2020–25 Memfokus kepada pengambilan, budaya dan persekitaran tempat kerja yang boleh diakses dan inklusif Accessibility Strategy for the Public Service of Canada Memfokus kepada pengambilan, onboarding,retention, latihan,persekitaran bangunan,tenaga kerja hibrid, komunikasi & ICT,pengangkutan Selain itu, analisis kandungan terhadap Buku Membangun Malaysia MADANI dijalankan bagi meningkatkan kefahaman pengkaji terhadap isu yang diutarakan. Kandungan penting Malaysia MADANI dalam konteks perkaitan dengan kepentingan OKU telah dihasilkan seperti di Jadual 2. Agensi-agensi peneraju dalam pembangunan OKU di Malaysia hendaklah mengambil tindakan serius dalam memastikan dasar-dasar yang dibangunkan diselaraskan, diselarikan dan dilaksanakan secara bersama dengan menerapkan prinsip Malaysia MADANI. Secara ringkas Jadual 2 menerangkan perkaitan antara Malaysia MADANI dan OKU mengikut setiap prinsip seperti berikut: Kemampanan : Memastikan pembangunan OKU yang berterusan. Kesejahteraan : Memastikan keperluan asas OKU sentiasa diambil kira Daya Cipta : Memberi sokongan kepada OKU untuk mempunyai kemahiran dan berdaya cipta untuk memasuki pasaran pekerjaan. Hormat : Mempromosikan pengiktirafan dan penghormatan terhadap OKU. Keyakinan : Meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap kebolehan OKU dan memberi peluang kepada mereka untuk berkhidmat dalam sektor pekerjaan, sama ada awam mahupun swasta. Ihsan : Memperjuangkan nilai-nilai keperihatinan dan keadilan bagi OKU.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy