Varia Ranah - Penerapan Konsep Malaysia MADANI Dalam Perkhidmatan Awam 2023

Penerapan Konsep MADANI dalam Perkhidmatan Awam Abstrak Isu peluang pekerjaan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) sering menjadi isu yang hangat diperkatakan dan seolah-olah tiada penyelesaian. Pelbagai strategi dan pelan tindakan telah dibangunkan di peringkat antarabangsa dan kebangsaan seperti Konvensyen Hak Orang Kurang Upaya oleh PBB; dan di Malaysia terdapat Akta Orang Kurang Upaya [Akta 685], Majlis Kebangsaan Bagi OKU dan Pelan Tindakan OKU oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Jabatan Perkhidmatan Awam juga menguatkuasakan dasar dan peraturan untuk memastikan pengambilan OKU ke dalam perkhidmatan awam mencapai sasaran 1%. Namun, usaha untuk menerapkan pelan pengurusan perubahan setelah dilantik dengan tujuan mencipta suasana kondusif, menjamin kesaksamaan hak, dan mempromosikan inklusiviti bagi OKU masih belum dibangunkan. Oleh itu, kajian ini bertujuan membangunkan model pengurusan perubahan inklusif yang memfokus kepada pengurusan perubahan sebagai satu mekanisme penting memastikan kesejahteraan OKU di tempat kerja. Kajian ini dijalankan secara analisis dokumen dengan menggunakan pelbagai dokumen rasmi kerajaan, penandaarasan dengan agensi luar negara, dapatan kajian lampau dan model pengurusan strategik. Hasil kajian mendapati kepelbagaian dan inklusiviti boleh dilaksanakan dalam organisasi melalui pengurusan perubahan. Kesimpulannya, kesejahteraan OKU dalam perkhidmatan awam bukanlah sukar jika diterapkan dengan konsep pengurusan perubahan dan semua pihak bersedia mewujudkan konsep Malaysia MADANI satu kenyataan bagi semua golongan masyarakat, terutama OKU. Kata Kunci: Pengurusan Perubahan; Inklusif; Orang Kurang Upaya; Malaysia MADANI MODEL PENGURUSAN PERUBAHAN INKLUSIF BAGI MENINGKATKAN KESEJAHTERAAN DI TEMPAT KERJA BAGI PENJAWAT AWAM ORANG KURANG UPAYA DALAM KONTEKS PERKHIDMATAN AWAM YANG MADANI Dr. Putri Noorafedah Megat Tajudin, Azura Azreen Yusof, Wan Nurul Hayyu Wan Mahmood

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy