MALAYSIA NEGARA MENUA: PERANAN JENTERA KERAJAAN Dato’ Hj Mohd Shuhaili bin Mohd Taufek Abstrak Kurang dari satu dekad sahaja Malaysia dijangka akan menjadi negara tua. Ini bermakna populasi warga yang melebihi 60 tahun telah bertambah dan menjangkau 15 % dari jumlah keseluruhan penduduk negara. Menjadi negara tua tidak dapat dibendung kerana ianya dia disokong oleh beberapa faktor hasil dari kejayaan pemerintah Malaysia mentadbir dan membangunkan sistem serta infrastruktur negara dengan cemerlang. Menjadi negara tua bukanlah satu yang perlu digeruni sekira ianya awal ditangani secara berhemah dan komprehensif. Namun begitu Malaysia tidak boleh berlengah untuk menangani isu-isu berkaitan dengan penuaan penduduk. Isu penuaan akan menjadi kritikal apabila ianya dikaitkan dengan dengan isu kependudukan dan ketidakseimbangan demografi sesebuah negara. Oleh itu, setiap lapisan masyarakat perlu bersama-sama memainkan peranan dan memberikan komitmen serta buah fikiran yang jitu bagi memastikan Malaysia beralih ke negara tua tanpa merencatkan kemajuan ekonomi, sosial, keselamatan dan pembangunan negara. Untuk memastikan hal ini terjadi, ianya perlu dilihat dari pelbagai sudut agar setiap dasar yang dikemukakan dapat menyokong antara satu sama lain. Polisi yang lengkap dan menyeluruh perlu disediakan agar warga emas dapat menjalani hidup dengan lestari, berkualiti dan sejahtera. Ianya haruslah merangkumi dari segi akses kepada kemudahan perubatan, kecukupan wang untuk sara hidup, kesejahteraan ekonomi, isu perumahan, perbandaran dan pengangkutan yang mesra warga emas. Sistem dan polisi bekerja yang fleksibel perlu disediakan dan dilindungi dalam perundangan agar warga emas yang masih sihat dapat memasuki pasaran tenaga kerja walaupun telah mencapai umur persaraan. Mewujudkan lebih ramai pakar warga tua dan membuka peluang-peluang pekerjaan yang berkaitan dengan warga tua juga perlu dirancang dan dijadikan sebagai keutamaan dalam menghadapi fenomena baharu ini. Untuk memastikan semua ini terjalin dengan kemas, maka ianya memerlukan komitmen segenap jentera kerajaan dan juga sektor bukan kerajaan untuk merangka satu pelan tindakan yang komprehensif sebagai persediaan menjadi negara tua pada 2030. Penerapan Konsep MADANI dalam Perkhidmatan Awam
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy