Varia Ranah - Penerapan Konsep Malaysia MADANI Dalam Perkhidmatan Awam 2023

48 Penerapan Konsep MADANI dalam Perkhidmatan Awam B. Penjawat Awam Pengertian Malaysia Madani harus didalami oleh semua penjawat awam dalam bersama-sama Kerajaan Perpaduan untuk mentadbir negara. Menurut YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara, dalam Majlis Amanat Ketua Setiausaha Negara Tahun 2023 pada 9 Februari 2023, beliau menegaskan bagi merealisasikan teras strategik Malaysia Madani, tiga (3) Pembolehdaya Strategik perlu dizahirkan agar impak dapat dirasai oleh rakyat. Tiga (3) pembolehdaya tersebut adalah, Digitalisasi Perkhidmatan Rakyat, Pendaya Upayaan Bakat Terbaik Negara dan Pemerkasaan Pengurusan Projek Strategik. Fokus baharu ini, pasti, pembasmian kemiskinan diatasi, penstrukturan semula ekonomi dan memulih serta menjana ekonomi dicapai. Semua pejawat awam harus berganding bahu bersama-sama untuk bukan sahaja mendalami pengertian intipati Malaysia Madani malah memastikan gerak kerja seperti keselarasan dasar dan polisi pembangunan serta pengurusan perkhidmatan awam seiring dengan konsepnya. Sejajar itu, dalam memantau pelaksanaannya, semua kementerian/ agensi telah ditetapkan pengukuran pencapaian iaitu kepentingan penetapan Key Performance Indicator (KPI). Ini adalah penting kerana memastikan setiap program/projek yang telah dirancang yang mempunyai tata Kelola masing-masing, pelaksanaanya telah sampai kepada khususnya kepada industri atau rakyat yang menerimanya. Pencapaian yang baik secara tidak langsung menunjukkan bahawa penjawat awam dan anggota pentadbiran bersama-sama dalam melaksanakan agenda dan dasar negara bagi membina semula ekonomi negara dan mengangkat negara di mata dunia. C. Rakyat Pelaksanaan konsep Malaysia Madani, bukan sahaja peranan pemimpim dan penjawat awam malah turut melibatkan rakyat untuk bersama-sama merealisasikannya. Malaysia Madani ini akan membawa rakyat ke arah yang lebih baik, sama ada dari segi ekonomi dan sosial. Peluang dan ruang ekonomi kepada rakyat terutama golongan B40. Begitu juga ruang kerjaya lebih luas seperti golongan muda yang berhadapan dengan pekerjaan (Utusan Malaysia, 22 Januari 2023). Sehubungan itu, semua rakyat Malaysia harus menyambut dengan baik agar sama-sama bersatu untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dan Makmur. KESIMPULAN Konsep Malaysia Madani harus diterapkan bukan sahaja kepada pemimpin dalam Kerajaan Perpaduan bahkan harus terpahat dalam hati setiap rakyat Malaysia. Merubah Malaysia berteraskan enam (6) rukun MADANI perlu diterjemahkan dengan dasar dan polisi yang tepat dan inilah tanggungjawab penjawat awam dalam memastikannya digubal, dirancang dan dilaksanakan melalui pelbagai medium atau platform yang sesuai kepada masyarakat atau rakyat. Akhir sekali, memetik kata-kata YBhg. Dato’ Profesor Emeritus Dr. Abdul Rahman bin Embong semasa beliau sebagai panel dalam Forum Malaysia Madani anjuran INTAN pada 21 Mac 2023, yang turut berkongsi rumusan dua (2) perkara Malaysia MADANI kepada masyarakat. Pertama, gagasan Malaysia MADANI bersifat aspirasi, sebuah gagasan membangun masa depan. Walaupun bersifat aspirasi, namun ia sebuah gagasan yang mengilhamkan harapan untuk masa depan yang baik. Kedua, Malaysia MADANI, sebuah harapan dan sebuah ilham (aspirasi dan inspirasi) berpotensi membawa masyarakat bersama kearah satu cita-cita besar perubahan masyarakat.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy