Varia Ranah - Penerapan Konsep Malaysia MADANI Dalam Perkhidmatan Awam 2023

47 VARIA RANAH 2023 Konsep MADANI dalam Perkhidmatan Awam Pemangkin Pembanguan Negara Rajah 2: Ringkasan Peruntukan Belanjawan Madani 2023 Pecahan perbelanjaan mengurus menumpukan kepada pembayaran emolumen, subsidi dan bantuan sosial, bayaran khidmat hutang, perkhidmatan dan bekalan, bayaran persaraan, pemberian dan serahan kepada kerajaan negeri serta lain-lain. Manakala perbelanjaan pembangunan menjurus kepada ekonomi, sosial, keselamatan dan akhir sekali adalah pentadbiran am. Secara keseluruhannya, peruntukan belanjawan adalah holistik yang sentiasa memberikan bantuan secara optimum dan banyak memberikan manfaat kepada industri dan pasti juga kepada rakyat. Keprihatinan Kerajaan Perpaduan pasti dapat meringankan beban kepada pihak industri dan rakyat dalam mendepani masa depan yang mencabar sejurus selepas pandemik COVID-19 yang telah melanda seluruh dunia. PERBINCANGAN A. Kerajaan Malaysia adalah sebuah negara membangun yang berkembang dengan pesat dengan dasar-dasar yang diperkenalkan dalam meneruskan arus pembangunan negara. Oleh yang demikian, mandat yang telah diberikan oleh rakyat kepada Kerajaan Perpaduan harus diamanahkan untuk dilaksanakan. Hala tuju baharu berkonsepkan Malaysia Madani, sebagaimana hasrat oleh YAB Perdana Menteri menjadi satu gagasan baharu yang memeta Malaysia untuk menuju sebuah negara bangsa yang maju dan sejahtera. Hala tuju ini memandu seluruh jentera Kerajaan dalam menuju Malaysia menjadi sebuah negara bangsa yang maju dan sejahtera. Belanjawan 2023 berteraskan Malaysia Madani sebanyak RM388.1 bilion dengan menumpukan tiga (3) tekad dengan pecahan kepada tumpuan dua belas (12) ikhtiar menunjukkan keprihatinan dan kesungguhan tinggi Kerajaan Perpaduan dalam mengemudikan Malaysia.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy