46 Penerapan Konsep MADANI dalam Perkhidmatan Awam iii) Memulih dan Menjana Ekonomi Dorongan penuh akan diberikan kepada perusahaan tempatan yang berteraskan MADANI untuk menyumbang kepada pertumbuhan; dan menarik pelaburan asing yang berteraskan MADANI untuk memastikan kesejahteraan rakyat. Menurut YAB Perdana Menteri, Sumbangan Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kepada 38% kepada KDNK negara dan merupakan tulang belakang ekonomi Malaysia. C. Belanjawan MADANI 2023 Bertemakan Membangun Malaysia Madani, belanjawan 2023 dengan harapan untuk membangunkan Malaysia yang dihasratkan Kerajaan Perpaduan dicapai dan dapat memenuhi keseluruhan kehendak dan impian seluruh rakyat Malaysia. Menumpukan kepada tiga (3) teras utama iaitu, Pemacuan ekonomi yang terangkum dan mampan, Reformasi Institusi dan tatakelola bagi memulih keyakinan dan Keadilan sosial untuk menyederhana kesenjangan. Setiap tekad akan memfokuskan ikhtiar yang telah ditetapkan seperti Jadual 1. BELANJAWAN MADANI 2023 TEKAD PERTAMA Pemacuan ekonomi yang terangkum dan mampan TEKAD KEDUA Reformasi Institusi dan tatakelola bagi memulih keyakinan TEKAD KETIGA Keadilan sosial untuk menyederhana kesenjangan IKHTIAR 1 Kemampanan fiskal IKHTIAR 5 Pembaharuan sektor awam IKHTIAR 9 Menoktahkan miskin tegar IKHTIAR 2 Memenuhi keperluan ekonomi rakyat IKHTIAR 6 Memperkasa kerjasama awam-swasta IKHTIAR 10 Meminimumkan beban sara hidup IKHTIAR 3 Mendepani musibah bencana IKHTIAR 7 Mengutama agenda digital IKHTIAR 11 Menjamin kehormanian dan perpaduan IKHTIAR 4 Meraih pelabur IKHTIAR 8 Memperkukuh peranan agensi dan syarikat kerajaan IKHTIAR 12 Menyediakan keperluan asas berkualiti Jadual 1: Belanjawan MADANI Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia & Kementerian Komunikasi & Digital Belanjawan MADANI telah dihasilkan daripada pendekatan konsultatif Kementerian Kewangan dengan pelbagai pemegang taruh. Belanjawan tersebut telah diagihkan kepada tiga (3) kategori iaitu pengurusan, pembangunan dan simpanan luar jangkaan yang jumlah keseluruhan adalalah sebanyak RM388.1 bilion. Ringkasan pecahan perbelanjaan adalah seperti di Rajah 2.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy