45 VARIA RANAH 2023 Konsep MADANI dalam Perkhidmatan Awam Pemangkin Pembanguan Negara KeyakinAn, perkaitan erat dengan amanah, yakni suatu ikrar pertanggungjawaban moral duniawi dan ukhrawi. Amanah menjadi unsur pokok yang bertanggungjawab menjamin ketenteraman dalam banyak masyarakat sepanjang sejarah. Ihsan, sinonim dengan makna peduli dan belas kasihan. Mengasihi orang lain, keluarga, sahabat handai, jiran tetangga dan masyarakat secara keseluruhannya, terutamanya kelompok minoriti. Ihsan merupakan bagaimana untuk menyelami penderitaan dan kemelaratan orang lain, lau berusaha untuk mencari jalan bagi mengubatinya. Setiap enam (6) rukun MADANI, juga telah digariskan selain daripada tafsiran seperti yang telah dinyatakan pada perenggan sebelum ini, malah turut mengenalpasti kepada siapa atau di mana sesuatu dasar disasarkan. Begitu juga dengan elemen penting dalam pembuatan dasar untuk setiap rukun akan diteroka dalam aspek utama seperti berikut: (i) Ekonomi dan Kewangan; (ii) Perundangan; (iii) Institusi; (iv) Pendidikan; (v) Kemasyarakatan; (vi) Kebudayaan; (vii) Bandar; dan (viii) Luar Bandar. Pelaksanaan dasar-dasar MADANI harus bersedia untuk menghadapi kelajuan, skala,skop dan keserentakan; percanggahan yang banyak; kerumitan kian bertambah; serta kemampuan untuk menghadapi kekacauan. Begitu juga dengan aspek pemantauan dan penglibatan aktif institusi pemberdayaan. Pemantauan boleh melihat bagaimana dasar-dasar dipantau dan sama ada perlunya perkara baharu diusulkan. Manakala institusi pemberdayaan, keperluan mengenalpasti pembaharuan institusi penting termasuk institusi kerajaan sedia ada akan diserap, diperkasa atau digarap sesuai dengan matlamat agar birokrasi kerajaan mampu menjana perubahan yang diperlukan rakyat. B. Keutamaan Strategik Malaysia MADANI Pelaksanaan dan tindakan oleh Kerajaan Perpaduan dalam merealisasikan konsep MADANI dicerakinkan kepada keutamaan strategik sebagaimana yang telah dikongsi bersama dalam ucapan YAB Perdana Menteri iaitu: i) Membasmi Kemiskinan Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, sebanyak 20 peratus daripada kum pulan isi rumah M40 telah beralih kepada kumpulan B40 susulan pelaksanaan PKP yang memaparkan kemerosotan atau kehilangan punca pencarian rakyat. Sehubungan itu, tumpuan dimensi lain perlu diambilkira selain faktor pendapatan sebagai pengukuran kemiskinan dan kaedah alternatif seperti Indeks Kemiskinan Pelbagai dimensi diaplikasikan berdasarkan keperluan asas seperti tahap pendidikan, zat makanan, bekalan air bersih dan lain-lain. ii) Penstrukturan Semula Ekonomi Berasaskan etika yang mampan untuk mengelakkan pembaziran dan kemewahan, membasmikan isu ketirisan dan rasuah, menyegerakan bantuan dan prasarana rakyat, pemerataan kekayaan secara saksama.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy