44 Penerapan Konsep MADANI dalam Perkhidmatan Awam A. Konsep Madani Pengenalan konsep Malaysia Madani oleh YAB Perdana Menteri pada 19 Januari 2023 adalah merupakan permulaan kepada strategi dalam pentadbiran negara yang telus dan berkesan yang menumpukan kepada aspek ekonomi, budaya dan berteraskan kepada nilai serta etika. Beliau turut menyatakan bahawa konsep MADANI dirangka sebagai ikhtiar untuk memetakan strategi bagi mentadbir negara dengan berkesan. Negara dan peradaban akan dibangunkan kelak haIruslah M.A.D.A.N.I – Mampan, sejahterA, berDaya cipta, saling menghormAti, punyai keyakiNan dan bersifat Ihsan. Kesalingkaitan antara keenam-enam rukun MADANI harus sentiasa diperkukuhkan. Di mana, setiap rukun mampu sentiasa berhubung dan menyumbang kepada lima (5) rukun yang lain. Ia juga perlu mengambil kira struktur, sistem dan idea sedia ada yang boleh ditambah baik, atau yang harus disingkirkan. KeMampanan, antara maksudnya, merujuk kepada kemajuan mutu kehidupan bangsa yang seimbang antara manusia dan alam. Kerbersamaan untuk mencapai Kerjasama secara kolektif dan Kerjasama, semua lapisan masyarakat termasuk luar bandar dan bandar serta terhadap alam sekitar. Oleh itu, ia bukan sahaja pemeliharaan alam sekitar, malah, berkait soal memelihara kebajikan haiwan dan mutu kehidupan manusia. TINJAUAN LITERATUR Sumber : Membangun Malaysia MADANI, Visi dan Kerangka Dasar Reformasi, Anwar Ibrahim 2022 HormAt, adalah merupakan konotasi daripada perkataan Bahasa Arab merujuk kepada maruah manusia, adab (budi Bahasa, kesopanan dan ketawadukan). Dalam konsep MADANI, tumpuan khusus kepada hak asasi manusia dan maruah. Sikap hormat menghormati merupakan budaya, tidak akan capai tanpa rasa hormat oleh kedua-dua belah pihak yang terlibat. KesejAhteraan, membawa makna keseimbangan dalam aspek kehidupan. Pentingnya kesejahteraan rakyat dengan mengambil kira sikap baik dan mampan. Selain kesejahteraan duniawi malah keperluan jasmani dan rohani. Daya Cipta, maksud yang menumpukan kepada pembaharuan, reka cipta dan reka baharu. Perbuatan mereka sesuatu boleh difahami sebagai tindakan menggubah secara kreatif. Rukun ini akan mewujudkan proses perubahan yang berterusan, yang mendakap dan memperkasa kreativiti rakyatnya. Pelaksanaan rukun ini, selanjutnya akan menjadikan Malaysia sebuah negara yang berdaya cipta akan menyediakan persekitaran dan infrastruktur yang mampu merangsang kreativiti dan menggalakkan penghasilan sistem, produk, idea dan proses yang lebih maju.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy