43 VARIA RANAH 2023 Konsep MADANI dalam Perkhidmatan Awam Pemangkin Pembanguan Negara PENGENALAN Masyarakat merujuk Dewan Bahasa dan Pustaka, adalah merupakan umat manusia, kelompok, komuniti, bangsa, kaum, orang ramai, khalayak ramai dan penduduk. Kata madani pula berasal dari bahasa arab yang ertinya civil atau civilized (beradab). Menurut Prof Emeritus Osman Bakar, tokoh terawal membincangkan perkataan Madani ialah Abu Nasr Muhammad Al-Farabi (Al-Farabi), selain Abdul Rahman Muhammad Khaldun (Ibn Khaldun) dan Abu Ali Aḥmad Muḥammad Yaqub Miskawayh (Ibn Miskawayh). Dikatakan mereka berjaya membincangkan persoalan madani itu secara matang dan mendalam berbanding tokoh pemikir dan ahli falsafah terdahulu. Menurut Osman, Al-Farabi banyak menggunakan perkataan madani atau madaniyah dalam tulisannya, terutama dalam bidang politik serta melalui konteks yang pelbagai (Malaysia kini, 2023). Gabungan kedua-dua ini, terbentuk masyarakat madani yang membawa maksud civil atau civilized society yang merujuk kepada masyarakat yang berperadaban. Masyarakat madani pada prinsipnya mempunyai pelbagai makna, iaitu masyarakat yang demokratis, menjunjung tinggi etika dan moralitas, toleransi, berpotensi, aspiratif, bermotivasi, konsisten memiliki bandingan, mampu berkoordinasi, sederhana dan yang paling dominan adalah masyarakat yang demokratis (H.A.R Tilaar, 2002: Wikipedia). Masyarakat madani turut membawa maksud sebagai kelembagaan sosial yang akan melindungi warga negara dari perwujudan kekuasaan negara yang berlebihan. Masyarakat ini turut memegang peranan sebagai tiang utama kehidupan politik yang demokratis tidak sahaja melindungi warga negara dalam berhadapan dengan negara, tetapi juga merumuskan dan menyuarakan aspirasi masyarakat (M.Dawan Raharjo, 1999). Seusai pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai YAB Perdana Menteri, pada 22 November 2022, yang memperlihatkan perkembangan dan pembentukan kerajaan baharu negara yang dikenali sebagai Kerajaan Perpaduan telah membawa kepada pengenalan Malaysia Madani dalam pembangunan negara. YAB Perdana Menteri telah berminat dan menumpukan konsep pada Ketika beliau menuntut di Universiti Malaya. Perincian kepada konsep Madani telah membawa beliau menulis dan menghasilkan buku The Asian Renaissance pada tahun 1996 (Malaysia kini, 2023). Menurut Bahmuller (1997), terdapat beberapa ciri masyarakat Madani seperti berikut: (i) Intergrasi individu-individu dan kelompok eksklusif ke dalam masyarakat melalui kontrak sosial dan aliansi sosial; (ii) Menyebar kekuasaan sehingga kepentingan yang mendominasi dalam masyarakat dapat dikurangi oleh kekuatan alternatif; (iii) Tidak ada dominasi kekuasaan pemerintah keatas masyarakat; (iv) Masyarakat mempunyai ruang yang bebas untuk mengemukakan pendapat; (v) Setiap masyarakat harus menerima setiap perbezaan sosial; (vi) Memiliki rasa dan sikap toleransi sehingga antara masyarakat dapat menghargai serta menghormati antara satu sama lain; (vii) Hubungan antara masyarakat berjalan dengan teratur dan terbuka; dan (viii) Hilangkan sikap diskriminasi dalam setiap bidang dan aspek kemasyarakatan. Susulan itu, pada 26 September 1996, beliau telah menyampaikan syarahan di Festival Istiqlal, Jakarta Indonesia, di mana telah menyatakan masyarakat madani merupakan sistem sosial yang subur berdasarkan prinsip moral yang menjamin keseimbangan antara kebebasan individu dengan kestabilan masyarakat. Beliau turut menyentuh, sistem sosial yang cekap dan saksama serta pelaksanaan pemerintahan yang mengikut kehendak undang-undang, bukannya nafsu atau keinginan perseorangan, serta kepentingan ketelusan dalam pemerintahan. Namun, sebaliknya jika sistem sosial dan ekonomi yang tidak telus serta dicemari rasuah berleluasa, bukan sekadar menjauhkan pelabur bahkan, boleh menindas majoriti rakyat.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy