Varia Ranah - Penerapan Konsep Malaysia MADANI Dalam Perkhidmatan Awam 2023

Penerapan Konsep MADANI dalam Perkhidmatan Awam Abstrak Pengenalan Malaysia Madani oleh YAB Perdana Menteri dalam pembangunan negara telah membawa kepada hala tuju baharu kepada negara. Terdapat enam (6) rukun MADANI, iaitu Mampan, SejahterA, Daya Cipta, HormAt, KeyakiNan dan Insan. Dalam melaksanakan konsep Malaysia Madani, telah menumpukan kepada tiga (3) keutamaan strategik iaitu membasmi kemiskinan, penstrukturan semula ekonomi dan memulih serta menjana ekonomi Malaysia. Belanjawan negara iaitu Belanjawan Madani 2023, turut menekankan kepada peruntukan bagi membangunkan negara agar memenuhi kehendak dan bukan sahaja kepada industri malah kepada rakyat dengan tiga (3) teras utama iaitu, Pemacuan ekonomi yang terangkum dan mampan, Reformasi institusi dan tatakelola bagi memulih keyakinan serta Keadilan sosial untuk menyederhana kesenjangan. Ketiga-tiga teras berkenaan mempunyai dua belas (12) ikhtiar telah dibahagikan dan ditetapkan. Dalam menggerakkan konsep Malaysia Madani ini, tiga (3) kelompok utama yang berganding bahu dan bersama-sama berperanan bagi memastikan konsep madani dilaksanakan iaitu kerajaan, penjawat awam dan rakyat. Kata Kunci: Konsep Madani, Belanjawan Madani 2023, Peranan Utama (Kerajaan, Penjawat Awam dan Rakyat) KONSEP MADANI DALAM PERKHIDMATAN AWAM PEMANGKIN PEMBANGUAN NEGARA Suzila Suhaimi

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy