39 VARIA RANAH 2023 Pemerkasaan Kepimpinan Sektor Awam dalam Mendepani Cabaran Persekitaran “BANI” Keupayaan ini amat berguna terutama dalam konteks pembangunan atau pemerkasaan ciri/ kriteria kepimpinan yang berkaitan dengan Kebolehsesuaian serta Kerjasama dan Komunikasi; iii) Kecerdasan Emosi (Emotional Quotient) Kecerdasan ini tertumpu kepada aspek keupayaan pemimpin merasai permasalahan dan keperluan rakyat/ pemegang taruh serta menawarkan penyelesaian baru/ inovatif secara tuntas tanpa mengharapkan balasan (intrapreneurship) (Somers, 2018). Di samping itu, ia juga memfokuskan kepada keupayaan pemimpin dalam memahami serta menyelami keperluan warga organisasi yang dipimpin tanpa pengabaian kepada aspek kebajikan bagi memastikan tahap motivasi berada pada tahap yang terbaik dalam mencapai matlamat/ hala tuju organisasi yang ditetapkan. Keupayaan kecerdasan ini menjadi pemangkin kepada pembentukan serta pemerkasaan ciri/ kriteria pemimpin yang berkait dengan Kebolehsesuaian, Inovasi dan Kreativiti serta Ketahanan seperti mana yang telah dijelaskan sebelum ini; dan iv) Kecerdasan Teknologi (Technological Quotient) Keupayaan ini timbul seiring dengan ledakan Revolusi Perindustrian 4.0 di mana aspek kompetensi digital merupakan suatu keperluan dalam memastikan modal insan pada era digital ini dapat menyumbang serta berfungsi secara cekap dan berkesan. Justeru, seseorang pemimpin perlu memiliki minda digital (digital mindset) dalam mengemudi pasukan/ organisasi mengaplikasi pengetahuan/ kompetensi digital yang dimiliki serta menghasilkan inovasi dalam penyampaian perkhidmatan berorientasikan keperluan pelanggan atau pemegang taruh dalam tempoh yang singkat (Clayton, 2020). Secara umumnya, keupayaan kecerdasan ini menyumbang kepada ciri/ kriteria kepimpinan yang sama seperti ditawarkan oleh kecerdasan emosi. Apa yang sedikit berbeza adalah keupayaan kecerdasan ini turut membantu dalam pembentukan serta pemerkasaan Kemahiran Analitik Data dalam kalangan pemimpin sektor awam. Ini amat diperlukan dalam membantu pemimpin sektor awam memudahcara serta menawarkan penyelesaian tuntas dalam persekitaran digital terutama dalam hal pembentukan/ penggubalan dasar yang berkait dengan kesejahteraan rakyat menerusi pendekatan behavioral insights. Hubungkait mengenai ciri/ kriteria serta kecerdasan individu yang perlu dimiliki oleh kepimpinan sektor awam dalam konteks persekitaran BANI dizahirkan secara ringkas menerusi rajah berikut:
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy