Varia Ranah - Penerapan Konsep Malaysia MADANI Dalam Perkhidmatan Awam 2023

36 Penerapan Konsep MADANI dalam Perkhidmatan Awam Dalam pada itu, ia perlu disertakan dengan aspek perancangan yang teliti serta terangkum menerusi ketersediaan pelan kontigensi dan keperluan yang bersesuaian. Ia sebagai tindakan siap siaga bagi menghadapi bencana di samping membina daya tahan dalaman organisasi menerusi penekanan aspek pemerkasaan modal insan serta pembudayaan sistem dan nilai sepunya dalam kalangan pegawai awam. B. Anxious (Cemas) Dewasa ini, rakyat secara umumnya sentiasa dipengaruhi atau diselubungi dengan sentimen cemas atau bimbang berikutan senario ketidaktentuan ekonomi, politik serta sosial yang berlaku dalam negara serta di peringkat global. Menyedari hakikat ini, kepimpinan dalam sektor awam perlu mengambil inisiatif proaktif dalam menangani kebimbangan rakyat dengan menumpukan kepada aspek memperkukuh kepercayaan kepada kerajaan menerusi medium komunikasi yang jelas, menekankan aspek ketelusan serta mengambil pendekatan penciptaan secara bersama (co-creation) dengan melibatkan rakyat secara aktif dalam memberi input serta pandangan berkenaan aspek penggubalan dasar serta penambahbaikan penyampaian perkhidmatan awam. C. Non-Linear (Bukan Linear) Lazimnya isu atau masalah yang wujud serta berbangkit dalam suasana persekitaran BANI adalah bersifat kompleks, sukar diselesaikan serta tidak bersifat linear (langsung @ terus). Seringkali berlaku di mana sesuatu isu atau permasalahan tersebut melibatkan pelbagai faktor yang saling berkait dan ia memerlukan pengaplikasian pelbagai pendekatan atau kaedah dalam menawarkan penyelesaian secara tuntas. Justeru, pemimpin sektor awam perlu menggunakan pendekatan pemikiran sistematik untuk memahami aspek saling kebergantungan antara faktor yang berbeza dalam menangani masalah secara holistik. Mereka juga harus berani mengambil risiko dengan mencuba pendekatan baharu, terbuka untuk menerima pakai cetusan inovasi serta menggalakkan aspek kerjasama dalam usaha mencari atau menawarkan penyelesaian baharu yang bersifat tuntas serta dalam tempoh yang singkat. D. Incomprehensible (Sukar Difahami) Tidak dapat dinafikan bahawa dunia kini dipenuhi dengan lambakan data yang pelbagai. Namun, cabaran yang timbul adalah bagaimana data berkenaan dapat dianalisis serta ditafsirkan ke dalam bentuk maklumat yang boleh difahami dan seterusnya digunakan dalam membuat keputusan atau menambah nilai kepada produk atau perkhidmatan sedia ada yang akhirnya bakal memberi pulangan faedah terbaik kepada pihak-pihak yang terkesan. Dalam hal ini, para pemimpin sektor awam perlu memiliki minda digital di samping memiliki kemahiran asas serta medium yang bersesuaian dalam menganalisis data dan membuat keputusan yang tepat berasaskan data serta berimpak tinggi. Untuk itu, terdapat keperluan untuk perkhidmatan awam di Malaysia memperkukuhkan aspek pendigitalan dalam penyampaian perkhidmatan awam menerusi peningkatan keupayaan celik digital dalam kalangan pegawai awam meliputi semua peringkat (kepimpinan agensi sehingga kumpulan pelaksana). Pengupayaan celik digital ini perlu disertai dengan pemerkasaan aspek kemahiran analitik data di samping disokong menerusi inisiatif pewujudan platform perkongsian data melibatkan kumpulan-kumpulan pakar. Ini selanjutnya bakal memupuk pembudayaan membuat keputusan berasaskan bukti (behavioral insights) dalam penyampaian perkhidmatan dalam kalangan agensi kerajaan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy