Varia Ranah - Penerapan Konsep Malaysia MADANI Dalam Perkhidmatan Awam 2023

35 VARIA RANAH 2023 Pemerkasaan Kepimpinan Sektor Awam dalam Mendepani Cabaran Persekitaran “BANI” Seterusnya, Kecerdasan Kontekstual (Contextual Intelligence) berkait rapat dengan kebolehan pemimpin untuk mentafsir konteks, bijak dan tangkas dalam mengambil tindakan, berfikiran jauh, mempunyai sifat empati yang tinggi serta menjadi agen kepada perubahan (Suhaili & Suhami, 2023). Selain itu, keupayaan Kecerdasan Emosi (Emotional Quotient) untuk bersedia menghadapi persekitaran BANI diperlukan oleh pemimpin. Kecerdasan emosi adalah kebolehan seseorang untuk memahami perasaan sendiri dan orang lain serta menggunakannya untuk membuat keputusan berkesan. Dalam kajian lain, Goleman dan McKee (2002) menyatakan bahawa pemimpin yang mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi akan menunjukkan tingkah laku, fikiran dan emosi yang positif, berupaya untuk menguruskan emosi dengan baik, memupuk sikap kerjasama, menangani konflik serta mempengaruhi orang di sekeliling untuk berfikiran positif. Kecekapan dalam melaksanakan tugas dalam organisasi awam mahupun swasta amat berkait rapat dengan saluran komunikasi yang disediakan dan dilaksanakan oleh pemimpin. Sebagai contoh, proses komunikasi yang berlaku dalam fasa pandemik COVID-19 menuntut pekerja berkomunikasi secara dalam talian. Berkomunikasi secara dalam talian sekali gus telah menjadi kemahiran baharu [Kecerdasan Teknologi- Technological Quotient] yang telah dibentuk dan dapat dikuasai serta menjadi keperluan masa kini ke arah proses pendigitalan (Kapur, 2018). Justeru, ianya menjadi keperluan terkini seorang pemimpin untuk mempunyai minda dan kepimpinan digital. Walau bagaimanapun, kepimpinan digital ini bukan sahaja menggunakan teknologi seperti e-mel dan perisian untuk melaksanakan tugas, malah pemimpin mampu menggunakan data untuk menggerakkan organisasi ke arah yang lebih baik seiring dengan fasa IR4.0 yang sedang berubah secara dinamik. Keupayaan kecerdasan teknologi dalam kalangan pemimpin mampu membawa organisasi berhadapan dengan fenomena BANI agar tidak ketinggalan dan lambat berubah. DAPATAN KAJIAN/PERBINCANGAN Akronim BANI iaitu Brittle (Rapuh), Anxious (Cemas), Non Linear (Tidak Linear) dan Incomprehensible (Sukar Difahami) merupakan pernyataan paling tepat dalam menggambarkan senario semasa yang berlaku di serata dunia ketika ini. Dalam hal ini, sektor awam turut tidak terkecuali menerima tempias gangguan ini di mana ia memerlukan para pemimpin sektor awam yang berupaya memastikan keberkesanan penyampaian perkhidmatan agensi bagi mencapai objektif serta keperluan yang dihasratkan oleh rakyat serta pemegang taruh di samping menerajui agensi kerajaan dalam mengharungi dan menyesuaikan diri dengan sebarang perubahan yang dicetuskan oleh persekitaran BANI. Dalam konteks memastikan kepimpinan sektor awam berupaya mendepani serta menangani cabaran dicetuskan oleh persekitaran BANI, berikut adalah beberapa pendekatan yang boleh diaplikasikan berdasarkan empat senario utama. A. Brittle (Rapuh) Senario di pentas dunia ketika ini yang kelihatan rapuh berikutan berlakunya situasi yang tidak dijangka seperti bencana alam, wabak dan krisis geopolitik, seringkali menimbulkan kesan negatif kepada pihak-pihak yang terkesan. Justeru, pemimpin sektor awam perlu mempunyai keupayaan serta kebolehan untuk bertindak balas secara pantas dan tuntas dalam mendepani situasi yang tidak dijangka ini.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy