Varia Ranah - Penerapan Konsep Malaysia MADANI Dalam Perkhidmatan Awam 2023

32 Penerapan Konsep MADANI dalam Perkhidmatan Awam PERNYATAAN MASALAH B Brittle Rapuh A Anxious Cemas N Nonlinear Tidak Linear I Incomprehensible Sukar Difahami Model BANI ini harus dilihat sebagai ‘pembetulan’ yang bertujuan untuk ‘meruntuhkan’ empat persepsi semasa masyarakat terhadap dunia dengan mempertimbangkan pelbagai kesan dan risiko yang memberi impak besar terhadap pengoperasian sesebuah organisasi. Oleh yang demikian, pemimpin sektor awam perlu mempunyai corak kepimpinan masa hadapan dengan menggabungkan keberanian dan keterbukaan terhadap perkara baharu untuk menangani kesukaran dunia BANI. Peranan perkhidmatan awam kini telah beralih daripada sebagai pemudah cara kepada penciptaan secara bersama (co-create) yang mana rakyat serta pemegang taruh terlibat secara aktif dalam memberi input berkaitan penggubalan dasar awam serta penambahbaikan ke atas sistem penyampaian perkhidmatan oleh agensi sektor awam. Selaras dengan perubahan peranan ini, ia turut menuntut perubahan pragmatik daripada segi gaya kepimpinan bagi memastikan perkhidmatan awam kekal relevan dan berupaya menangani perubahan serta memenuhi keberhasilan dan nilai yang diinginkan oleh rakyat serta pemegang taruh. Justeru, terdapat keperluan agar aspek kepimpinan sektor awam ini diperkasakan untuk membolehkan mereka berupaya mengemudi organisasi awam dengan cemerlang dalam konteks persekitaran BANI. Ciri-ciri seorang pemimpin ditunjukkan berdasarkan amalan gaya kepimpinan yang konsisten. Setiap kemahiran kepimpinan mempunyai gaya dan kesannya terhadap organisasi. Kebanyakan pemimpin harus sedar tentang gaya kepimpinan yang mereka gunakan untuk memantau pasukan dalam organisasi. Cara kepimpinan yang dipamerkan oleh pemimpin secara langsung akan memberi kesan kepada kepuasan kerja pekerja, sekaligus menyumbang kepada prestasi kerja mereka. Menurut Norazizah (2018), faktor yang paling kritikal untuk menjamin kesejahteraan sesebuah organisasi ialah kebolehan pemimpin dan pasukannya untuk menyesuaikan diri kepada perubahan di pasaran. Justeru, persoalan kini tertumpu terhadap aspek pemangkin yang menyumbang kepada kemampuan pemimpin sektor awam masa kini mengemudi organisasi secara berkesan dalam suasana persekitaran BANI.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy