Varia Ranah - Penerapan Konsep Malaysia MADANI Dalam Perkhidmatan Awam 2023

Penerapan Konsep MADANI dalam Perkhidmatan Awam PEMERKASAAN KEPIMPINAN SEKTOR AWAM DALAM MENDEPANI CABARAN PERSEKITARAN ‘BANI’ Faizal Azmir Abd Rashid, Ju Hasliza Md. Hussin, Nornadia Omar Abstrak Penekanan konsep “BANI” dalam memperkasakan kepimpinan sektor awam merupakan anjakan paradigma terbaik dalam melahirkan pemimpin sektor awam yang berkualiti ke arah mendepani cabaran di peringkat global dan tempatan. Faktor kritikal untuk menjamin kesejahteraan sesebuah organisasi adalah berkaitan kebolehan pemimpin dan pasukannya untuk menyesuaikan diri terhadap perubahan yang berlaku di sekeliling organisasi. Persoalan kini tertumpu terhadap aspek pemangkin yang menyumbang kepada kemampuan pemimpin sektor awam masa kini mengemudi organisasi secara berkesan dalam suasana persekitaran BANI. Fokus diberikan terhadap pengenalpastian ciri/ kriteria serta keupayaan yang perlu dibangunkan dalam kalangan kepimpinan sektor awam. Kajian ini dilaksanakan melalui pendekatan kualitatif dengan rujukan kepada data sekunder dihasilkan oleh dapatan kajian terdahulu melibatkan faktor kejayaan kritikal yang mempengaruhi kepimpinan untuk mencapai visi, matlamat dan objektif organisasi serta impak kepimpinan sektor awam dalam mendepani cabaran persekitaran BANI. Dapatan kajian mendapati Kecerdasan Inspirasi, Kontekstual, Emosi dan Teknologi (ICE-T) perlu menjadi teras dalam pembentukan serta penerapan enam kriteria kepimpinan yang dikenal pasti iaitu Kebolehsesuaian, Pemikiran Strategik, Kerjasama dan Komunikasi, Inovasi dan Kreativiti, Kemahiran Analitik Data serta Ketahanan dalam kalangan barisan kepimpinan sedia ada serta pemimpin pelapis. Dimensi kecerdasan serta kriteria kepimpinan yang telah dikenal pasti ini berpotensi untuk disesuaikan pemakaianya dalam konteks pemerkasaan kerangka kepimpinan sektor awam di Malaysia. Kata Kunci: BANI, Kepimpinan, Kecerdasan, Ciri/ Kriteria Kepimpinan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy