Assalamualaikum wbt., Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI, Alhamdulillah, Varia Ranah: Penerapan Konsep MADANI dalam Perkhidmatan Awam 2023 berjaya diterbitkan untuk bacaan khususnya dalam kalangan penjawat awam. Penerbitan ini merupakan hasil kajian desktop separa akademik yang telah dilaksanakan oleh pegawai di Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar, Jabatan Perkhidmatan Awam. Pelbagai artikel menarik telah ditulis yang mana mengandungi cetusan idea yang menarik minat pembaca untuk membaca dengan lebih lanjut topik yang dikaji atau ditulis dan mengaplikasikannya sebagai amalan terbaik dalam pelaksanaan kerja masing-masing mengikut kesesuaian. Penemuan yang relevan mampu dijadikan asas untuk pengemaskinian dasar, prosedur, peraturan dan sebagainya, terutamanya dalam konteks perkhidmatan kepada awam. Adalah diharapkan inisiatif ini akan menyumbang kepada penambahbaikan penyampaian perkhidmatan sedia ada dan pengembangan ilmu yang diperlukan bagi mendokong halatuju dan dasar negara. Sekalung budi penghargaan dan tahniah buat penulis di Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar yang sentiasa mempamerkan kesungguhan dalam menghasilkan tugasan kajian desktop ini. Semoga budaya penulisan ilmiah seperti ini sentiasa subur dan diteruskan lagi pada tahun akan datang. DR. NOR MAZNY ABDUL MAJID Pengarah Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar Jabatan Perkhidmatan Awam Kata Aluan
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy