15 KESIMPULAN Dalam tempoh yang singkat, tidak sampai 10 tahun, Malaysia akan menjadi negara tua dimana populasi warga emas berumur lebih 60 tahun telah mencecah 15 peratus dari populasi keseluruhan penduduk Malaysia. Fenomena ini merupakan satu perkara baharu yang belum pernah dilalui negara semenjak merdeka. Kemakmuran negara yang dinikmati semenjak merdeka telah memungkinkan Malaysia meningkatkan kemudahan pendidikan dan kesihatan negara. Sistem kesihatan yang baik telah menyebabkan jangka hayat penduduk negara ditingkatkan dan hasilnya peningkatan populasi warga emas. Penggubalan sistem pendidikan negara yang komprehensif membuka peluang kepada rakyat untuk membina kerjaya dan memajukan diri serta meningkatkan ekonomi diri. Ini merupakan salah satu perkara yang menyebabkan kadar kelahiran yang menguncup dimana akhirnya jumlah populasi warga emas meningkat berbanding dengan jumlah populasi penduduk negara. Ini antara faktor yang mempercepatkan Malaysia berubah menjadi negara tua. Negara tua mempunyai berbagai cabaran yang meliputi kesihatan, ekonomi, sosial, psiko-spiritual dan juga persekitaran. Malaysia perlu pantas merangka pelan tindakan yang komprehensif merangkumi perkhidmatan kesihatan, isu perumahan, pengangkutan, wang simpanan, insurans, kesejahteraan ekonomi dan sara hidup warga emas agar lebih bersedia menghadapi negara tua. Pelan tersebut perlu juga merangkumi penggunaan tenaga kerja, perubahan kepada cara bekerja, kadar gaji/upah yang munasabah, penggunaan teknologi yang lebih canggih untuk mengganti tenaga kerja yang berkurangan serta lain-lain aspek. Ini memerlukan penglibatan pelbagai agensi kerajaan, pihak swasta, pemain industri, badan bukan kerajaan serta persatuan-persatuan untuk berganding bahu bagi memastikan Malaysia tidak menghadapi masalah yang serius bila menempuh negara tua. Semua pihak yang berkepentingan dalam perkara ini perlu duduk semeja untuk berbincang dan memberikan perhatian serius bagaimana kaedah terbaik mengendalikan negara apabila Malaysia beralih menjadi negara tua. Semua aspek perlu dilihat secara menyeluruh dan bersepadu serta hubung kait antara satu sama lain agar semua lapisan masyarakat terutama mereka yang terlibat dalam membuat dasar negara dapat memahami situasi yang berlaku dan terus memastikan pembangunan dan ekonomi negara tidak terencat disebabkan Malaysia menjadi negara tua. RUJUKAN VARIA RANAH Ahmad Shukri Abdul Hamid & Norliza Mokhtar (2018). Malaysia Menuju Negara Tua: Apakah yang Boleh Dipelajari Daripada Pengalaman Negara Jepun? https://repo.uum.edu.my/id/ eprint/26610/1/INSAN%202018%20406%20419.pdf Ai Jing, Chai & Harifah Mohd Noor (2022). Konsep Penuaan Aktif di Malaysia: Satu Penilaian Awal. https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/1204 Berita Harian (2021). Menuju negara tua, Malaysia perlu lebih banyak perbandaran mesra warga emas. https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2021/01/781096/menujunegara-tua-malaysia-perlu-lebih-banyak-perbandaran-mesra Bernama (2018). Negara Menua: Harapan Positif Buat Warga Emas. https:// www.bernama.com/bm/rencana/news.php?id=1630933 Dasar Warga Tua Kebangsaan (1995). https://www.pmo.gov.my/dokumenattached/Dasar/ Dasar_Warga_Tua_Kebangsaan.pdf Dominic Lau Hoe Chai (2023). Malaysia kurang pakar geriatrik. https://harakahdaily.net/ index.php/2023/03/21/malaysia-kurang-pakar-geriatrik/
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy