Varia Ranah - Penerapan Konsep Malaysia MADANI Dalam Perkhidmatan Awam 2023

14 Menurut Khadijah Alavi (2012), tidak ada sebarang pendedahan kepada masyarakat Malaysia tentang kesedaran atau pendidikan untuk menjaga orang tua yang uzur atau menghidap penyakit kronik di rumah. Ini tambah meruncing kerana warga tempatan tidak berminat untuk bekerja dalam pekerjaan ini kerana ianya dianggap pekerjaan menyerupai pekerjaan 3D (kotor, bahaya dan sukar). Kekurangan tenaga kerja dalam pekerjaan ini perlu diteliti dengan serius dari pelbagai sudut seperti kelayakan yang diperlukan, penawaran kusus di pusat-pusat pengajian, ketidaksepadanan iii) Penjaga terlatih di pusat/rumah jagaan warga emas Penjaga di rumah/pusat jagaan warga emas perlu memenuhi deskripsi tugas yang telah ditetapkan kerana pengusaha rumah/pusat jagaan warga emas bertanggungjawab memastikan khidmat jagaan yang diberi memenuhi peraturan yang telah ditetapkan. Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Warga Emas Swasta 2017 menetapkan bahawa menjadi kewajipan pemegang lesen pusat jagaan untuk memastikan profesional jagaan kesihatan yang diambil kerja atau diguna khidmatnya adalah layak di bawah mana-mana undang-undang yang mengawal selia profesionnya dan memastikan bahawa pemberi jagaan (penjaga) adalah terlatih dan kompeten. iv) Profesional dan penjaga terlatih bagi pesakit yang mempunyai masalah kesihatan tertentu Penjaga perlu mempunyai kemahiran dan kelayakan khas atau latihan tertentu untuk mengurus warga emas yang tidak boleh berdikari dan mengalami masalah kesihatan seperti yang pesakit angin ahmar (stroke), nyanyuk (alzheimer) atau yang berada dalam penjagaan peringkat paliatif. Ini untuk menjamin keselesaan dan menyediakan sokongan yang diperlukan oleh warga emas berkenaan. Penjaga ini menerima upah dan ianya bergantung kepada skop tugas dan kemahiran yang diperlukan untuk menjaga warga emas. Di United Kingdom, seseorang boleh mendapat elaun penjaga sebanyak 69.70 paun sterling seminggu jika menjaga seorang untuk sekurang-kurangnya 35 jam seminggu (Gov.uk). Manakala di Singapura, pemerintahnya telah menyediakan geran dan subsidi kepada penjaga warga emas yang layak. Bermula Mac 2023, seorang penjaga warga emas yang layak akan menerima bantuan sebanyak $250 hingga $400 sebulan di bawah skim Home Caregiving Grant (HCG). Di Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah ada Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/Pesakit Kronik Terlantar sebanyak RM500 seorang disediakan kepada penjaga namun ianya perlu memenuhi syarat pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,000 (Jabatan Kebajikan Masyarakat). Oleh kerana Malaysia akan menjadi negara menua, bantuan ini perlu disemak semula dan perluaskan kepada lebih ramai warga emas yang rata-rata tidak mempunyai pendapatan tetap selepas bersara. Sektor tenaga kerja untuk penjagaan warga emas ini mempunyai potensi untuk dikembangkan dan mempunyai permintaan tinggi di Malaysia namun bekalan tenaga kerja terlatih dalam bidang ini tidak mencukupi untuk memenuhi sektor tersebut. Penerapan Konsep MADANI dalam Perkhidmatan Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy