Varia Ranah - Penerapan Konsep Malaysia MADANI Dalam Perkhidmatan Awam 2023

13 C. Pekerjaan dan ekonomi Warga emas sangat terdedah kepada masalah kemiskinan dan ianya akan menjadi lebih kritikal jika mereka menghidap penyakit kronik. Ramai warga emas tidak mempunyai pendapatan tetap selepas bersara. Golongan warga emas yang dahulunya bekerja mempunyai berbagai ilmu pengetahuan, pengalaman dan kemahiran dalam bidang mereka dan golongan ini boleh dijadikan mentor kepada rakan kerja yang lebih muda serta membantu golongan muda untuk membina kemahiran dalam masa yang lebih singkat. Cara in dapat meningkatkan produktiviti pekerja-pekerja muda dan ini secara langsung dapat memajukan ekonomi di samping kedua-dua golongan ini dapat bekerjasama. Melalui pengalaman dan kemahiran golongan warga emas ini, golongan muda dapat bangkit dan maju ke hadapan setelah menimba ilmu dalam memajukan diri. Pihak kerajaan dan majikan perlu bergerak bersama-sama kearah memastikan pekerjaan yang fleksibel, produktif dan inklusif terutama kepada golongan warga emas. Kerajaan perlu menyediakan polisi agar majikan memberikan kemudahan kepada warga emas untuk dapat kembali bekerja secara sambilan atau tetap dengan waktu kerja yang fleksibel. Industri mesra usia boleh dianjurkan untuk memenuhi keperluan warga emas seperti memendekkan waktu bekerja warga emas berbanding dengan pekerja biasa dan menjadikan golongan ini sebagai pengganti (fillers) kepada golongan muda yang mempunyai komitmen lain sebelum mula masuk waktu bekerja. Peningkatan populasi warga emas boleh membentuk segmen yang besar dalam ekonomi. Kegiatan-kegiatan ekonomi demi memenuhi keperluan populasi warga tua di kenali sebagai “Silver Economy” yang mana ianya melibatkan aktiviti-aktiviti penjagaan, farmasi, aplikasi perubatan perumahan dan lain-lain. Di Malaysia, aspek penjagaan warga tua sebagai satu pemacu ekonomi masih belum luas di terokai (Norwahida Hussin, 2019). Penjagaan warga emas terbahagi kepada produk dan perkhidmatan yang memudahkan urusan warga emas. Produk merupakan keperluan material seperti ubat-ubatan, peralatan dan lain-lain. Manakala perkhidmatan pula adalah merujuk khidmat penjagaan, institusi penjagaan, jagaan informal, jagaan harian, hospis dan lain-lain. Dalam konteks warga emas, penjaga merupakan tenaga kerja utama yang menjaga kehidupan seharian termasuk makan minum, kesihatan dan kebersihan setiap warga emas (Yee Peng, 2010). Kelayakan untuk menjadi penjaga warga emas bergantung kepada keadaan penjaga dan warga emas tersebut. Ada berbagai jenis jagaan bagi warga emas; i) Peneman Bersama Oleh kerana tugas penjaga hanyalah sekadar peneman kepada warga emas, seperti teman berbicara, melaksanakan aktiviti-aktiviti ringan, makan, bersenam dan lain-lain seumpamanya, maka penjaga seperti ini tidak memerlukan apa-apa kelayakan khusus untuk mengendali warga emas. ii) Pengurus keperluan harian Tugas untuk penjaga seperti ini lebih kepada memastikan keperluan harian warga emas seperti untuk memasak, membawa keperluan harian, menghantar dan mengambil warga emas untuk tujuan tertentu dan lain-lain keperluan warga emas. Penjaga seperti ini perlu mempunyai beberapa kemahiran seperti pandai memasak, perlu mempunyai lesen memandu dan lain-lain kemahiran bergantung kepada skop tugasan yang diperlukan. VARIA RANAH 2023 Malaysia Negara Menua: Peranan Jentera Kerajaan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy