Varia Ranah - Penerapan Konsep Malaysia MADANI Dalam Perkhidmatan Awam 2023

137 VARIA RANAH 2023 Analisis Kandungan Komen Aplikasi e-Kerajaan dalam Google Play Store dan Apple App Store Jadual 2: Jenis Komen Negatif yang Dijumpai Jenis Komen Negatif Kekerapan Masalah Antara Muka (User Interface) 10 Masalah Menggunakan Fungsian Dalam Aplikasi 21 Masalah Sambungan Ke Internet 9 Masalah Mendaftar 9 Data Tidak Tepat 10 Dasar Yang Memaksa Pengguna Menggunakan Aplikasi Yang Tidak Berfungsi Dengan Baik 1 Tujuan Aplikasi Diwujudkan Berbeza Dengan Ekspektasi Pengguna 7 Aplikasi Tidak Stabil 8 Masalah Bahasa 2 JUMLAH 77 Jadual 3: Jenis Komen Positif yang Dijumpai Jenis Komen Positif Kekerapan Mudah Digunakan 5 Data Tepat 2 Aplikasi Stabil 1 Antara Muka (User Interface) Mudah 5 Fungsi Aplikasi Yang Bagus 3 JUMLAH 16 Dalam hal ini, didapati lebih banyak jenis komen yang bersifat negatif daripada komen yang bersifat positif (9 komen negatif berbanding 5 komen positif) dan jumlah kekerapan komen negatif adalah jauh lebih banyak dari jumlah kekerapan komen positif (77 kekerapan komen negatif berbanding 16 kekerapan komen positif). Jika dibandingkan dengan purata skor aplikasi kerajaan iaitu 3.6, didapati b. Apakah jenis komen tertinggi yang timbul daripada analisa komen aplikasi di Google Play Store dan Apple App Store? Hasil analisa, didapati komen negatif paling kerap ialah Masalah Menggunakan Fungsian Dalam Aplikasi (21 kekerapan), diikuti Data Tidak Tepat (10 kekerapan) dan Masalah Antara Muka (User Interface) (10 kekerapan). Manakala komen positif paling kerap ialah Mudah Digunakan (5 kekerapan), Antara Muka (User Interface) Mudah (5 kekerapan) dan Fungsi Aplikasi Yang Bagus (3). Dalam hal ini, di kalangan komen negatif dan positif, didapati bahawa peranan antara muka (user interface) dan kemudahan menggunakan fungsian aplikasi adalah perkara yang menjadi pertimbangan apabila pengguna meninggalkan komen. Hasil kajian ini adalah selari dengan kajian kebolehgunaan yang dijalankan oleh Jakob Nielsen pada 2009 yang mana arkitektur maklumat dan reka bentuk kandungan yang lemah memberi kesan negatif kepada pengguna dan menyebabkan pengguna kecewa dengan laman web tersebut.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy