133 VARIA RANAH 2023 Analisis Kandungan Komen Aplikasi e-Kerajaan dalam Google Play Store dan Apple App Store Sehubungan itu, i. Adakah jenis-jenis komen yang timbul daripada analisa komen aplikasi di Google Play Store dan Apple App Store? ii. Apakah jenis komen tertinggi yang timbul daripada analisa komen aplikasi di Google Play Store dan Apple App Store? PERNYATAAN MASALAH Berdasarkan artikel Columbia University Irving Medical Centre, analisis kandungan ialah alat kajian yang digunakan untuk menentukan kehadiran perkataan, tema atau konsep tertentu dalam data kualitatif tertentu seperti dalam sesuatu teks. Dengan menggunakan analisis kandungan, penyelidik boleh mengukur dan menganalisis kehadiran, makna dan hubung kait perkataan, tema atau konsep tertentu. Sebagai contoh, penyelidik yang menggunakan analisis kandungan boleh menilai tona bahasa yang digunakan dalam artikel berita untuk mencari kecenderungan penulis atau sekiranya terdapat bias. Penyelidik kemudiannya boleh membuat kesimpulan apakah mesej yang cuba disampaikan dalam sesuatu teks, penulis, orang awam, dan juga budaya berkaitan dengan teks tersebut. Kaedah analisis kandungan bukanlah baharu. Berelson pada 1952 menggambarkan analisis kandungan sebagai “satu teknik penyelidikan untuk penerangan objektif, sistematik dan kuantitatif berkaitan kandungan nyata komunikasi.” Hsieh dan Shannon (2005) membincangkan tiga pendekatan analisis kandungan. Yang pertama adalah analisis kandungan kualitatif konvensional, di mana kategori pengekodan diperoleh secara langsung dan induktif daripada data asal. Ini adalah pendekatan yang digunakan untuk pembangunan teori. Pendekatan kedua adalah analisis kandungan berpandu, di mana pengekodan awal bermula dengan satu-satu teori atau penemuan penyelidikan yang berkaitan. Kemudian, semasa analisis data, penyelidik melibatkan diri dalam data dan membenarkan tema untuk muncul daripada data. Tujuan pendekatan ini biasanya adalah untuk mengesahkan atau melanjutkan rangka kerja atau teori konseptual. Pendekatan ketiga adalah analisis kandungan sumatif, yang bermula dengan pengiraan perkataan atau kandungan nyata, kemudian melanjutkan analisis untuk memasukkan makna dan tema terpendam. Pendekatan ini kelihatan kuantitatif pada peringkat awal, tetapi matlamatnya adalah untuk meneroka penggunaan perkataan/penunjuk secara induktif. Pendekatan kajian ini adalah menggunakan pendekatan analisis kandungan kualitatif konvensional yang dicadangkan oleh Hsieh & Shannon (2005) di mana kategori pengekodan diperoleh secara langsung dan induktif daripada data asal. Kaedah ini adalah sesuai kerana pengkaji tidak mempunyai idea apakah jenis komen yang akan dijumpai dalam hasil kajiannya dan apakah teori yang bersesuaian untuk dibuat bagi kajian lanjutan. Dalam pemilihan aplikasi yang mempunyai komen, kajian ini menggunakan persampelan berstrata (stratified sampling). Bornstein, Jager dan Putnick (2013) menyatakan bahawa dalam persampelan berstrata, satu-satu populasi sampel dibahagikan kepada kumpulan berasingan yang dipanggil "strata" (seperti kumpulan etnik), dan kemudian sampel kebarangkalian (selalunya sampel rawak mudah) diambil daripada setiap strata. Dalam setiap kelompok yang dipilih, pengumpulan data boleh berdasarkan kebarangkalian (iaitu, berdasarkan sampel rawak mudah atau reka bentuk berstrata) atau lengkap (iaitu, setiap individu dalam kelompok tertentu layak untuk mengambil bahagian dalam kajian). Walaupun strategi persampelan kebarangkalian berasaskan populasi ini berbeza antara satu sama lain, apabila dijalankan dengan betul, menghasilkan sampel tidak berat sebelah yang mewakili populasi sasaran.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy