Varia Ranah - Penerapan Konsep Malaysia MADANI Dalam Perkhidmatan Awam 2023

132 Penerapan Konsep MADANI dalam Perkhidmatan Awam Secara holistiknya, pendigitalan perkhidmatan awam telah mendapat buy-in daripada pengurusan tertinggi perkhidmatan awam. Ini dapat dilihat melalui inisiatif Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam 2021-2025, MyDIGITAL dan Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia, serta penetapan peningkatan perkhidmatan kerajaan digital sebagai petunjuk prestasi utama penjawat pengurusan tertinggi perkhidmatan awam. Antara kandungan inisiatif-inisiatif ini adalah pendigitalan perkhidmatan awam dalam usaha memudahkan rakyat mengakses perkhidmatan kerajaan dalam talian. Contohnya, dalam Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam 2021-2025, boleh dilihat bahawa di bawah Teras Strategik 2: Peneraju Perkhidmatan Digital Inklusif dan Bersepadu, salah satu objektif di bawah teras ini adalah untuk menghasilkan aplikasi pintar dan berimpak tinggi, dan di bawah Program 4 objektik ini, kerajaan perlu melaksanakan kajian keperluan dan membangunkan aplikasi penyampaian kerajaan. Pada tahun 2021 juga Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata Kerajaan menetapkan sasaran 80 peratus perkhidmatan kerajaan dalam talian dari peringkat awal ke akhir (end-to-end, e2e) menjelang 2025 seperti ditetapkan rangka kerja MyDigital. Beliau berkata, kerajaan juga bersetuju menetapkan penambahan lima peratus daripada perkhidmatan e2e semasa sebagai indeks prestasi utama (KPI) 2021 Tier 1 bagi penjawat utama perkhidmatan awam. PERNYATAAN MASALAH Selain laman web kerajaan, antara salah satu kaedah mudah untuk pengguna mendapatkan perkhidmatan atas talian kerajaan adalah melalui aplikasi yang ditawarkan dalam Google Playstore atau Apple App Store. Untuk menilai keberkesanan sesuatu inisiatif e-Kerajaan, salah satu kaedah yang mudah adalah untuk meneliti komen yang ditinggalkan oleh pengguna yang memuat turun aplikasi tersebut. Namun, antara komen-komen yang dijumpai berkaitan aplikasi kerajaan adalah bersifat negatif dan menunjukkan ketidakpuasan hati pengguna menggunakan aplikasi berkenaan. Antara komen yang dijumpai adalah seperti berikut: “This app is so useless. The appointments cannot be made and the option to fill in information ie. Date of appointment, type of treatment etc, doesn't work at all. I've downloaded twice but still has the same issues for over two months. - aplikasi Sistem Janji Temu Klinik KKM” “Okay don't get me wrong: I'm merely a high-school student but what in the world is with this app and its website constituent. Both requires me to have a "good connection" and I can't check my PPP Sesi Kedua because there isn't even a button let alone the option to type out Sijil Pelajaran Malaysia. I'm aware that goverment apps are poorly conducted but am I supposed to fail my examinations due to a technical problem? Pardon my language but please fix the app. - aplikasi e-Lembaga Peperiksaan” “Tolong buat penambahbaikan untuk upload gambar. Tambah fungsi untuk upload gambar daripada gallery handphone. Pengguna perlu ambil gambar guna applikasi camera dlu then baru boleh buat report untuk mendapatkan gambar yang lebih jelas dan high quality. - aplikasi iTegur” “Tak boleh register, membazir duit rakyat je kerajaan buat benda mengarut ni - aplikasi MyGovPortal”

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy