Penerapan Konsep MADANI dalam Perkhidmatan Awam Abstrak Antara teras strategik yang digariskan dalam prinsip Malaysia MADANI adalah Menegakkan Keadilan Sosial, yakni merapatkan jurang pembangunan dan perkhidmatan antara bandar & luar bandar. Dalam hal ini, perkhidmatan eKerajaan telah diperkenalkan bagi membantu rakyat dan merapatkan jurang tersebut. Antara akses pertama rakyat kepada perkhidmatan e-kerajaan dalam talian adalah melalui laman web kerajaan, dan penyampaian perkhidmatan eKerajaan mempunyai manfaat kepada rakyat, dan bertambah baik sekiranya laman web tersebut direka dengan baik. Konsep sama boleh digunapakai untuk aplikasi e-Kerajaan. Bagi memudahkan penilaian keberkesanan sesuatu inisiatif e -Kerajaan, salah satu kaedah yang mudah adalah untuk meneliti komen yang ditinggalkan oleh pengguna yang memuat turun aplikasi e-Kerajaan tersebut. Dalam hal ini, kajian dilaksanakan bagi meneliti komen yang ditinggalkan pengguna berkaitan aplikasi e-Kerajaan dalam Google Play Store dan Apple App Store untuk menilai keberkesanan inisiatif e-Kerajaan tersebut. Didapati di kalangan komen negatif dan positif, peranan antara muka (user interface) adalah perkara yang menjadi pertimbangan apabila pengguna meninggalkan komen. Kajian mendalam dan penjajaran semula aplikasi kerajaan selaras dengan konsep Malaysia MADANI perlu dibuat agar rakyat benar-benar dapat manfaat daripada perkhidmatan e-Kerajaan Malaysia. Kata Kunci: analisis kandungan, persampelan berstrata, e-Kerajaan, aplikasi kerajaan ANALISIS KANDUNGAN KOMEN APLIKASI E-KERAJAAN DALAM GOOGLE PLAY STORE DAN APPLE APP STORE Kung Khai Jhun
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy