Varia Ranah - Penerapan Konsep Malaysia MADANI Dalam Perkhidmatan Awam 2023

10 iii) Pengangkutan Sistem pengangkutan yang mesra warga tua perlu disediakan untuk memudahkan pergerakan mereka. iv) Penyertaaan dalam masyarakat Adalah digalakkkan penglibatan warga tua bersama-sama komuniti atau pertubuhan kemasyarakatan untuk menjalankan aktiviti kekeluargaan dan riadah di persekitran tempat tingal mereka. v) Perumahan Rumah kediaman yang disediakan perlulah mengambil kira keselesaan dan sesuai dengan keperluan warga tua tanpa menyukarkan mereka. vi) Sistem Sokongan Bagi Keluarga Perlu diwujudkan sistem sokongan bagi keluarga yang menjaga warga tua untuk membantu mereka terus melaksanakan peranan mereka dalam penjagaan warga tua dan dapat terus hidup bersama. vii) Kesihatan Kemudahan kesihatan dan perubatan yang mapan dan menyeluruh untuk warga tua supaya mereka boleh hidup dengan kesihatan yang optimum. viii) Keselamatan Sosial Skim keselamatan sosial yang komprehensif perlu disediakan untuk menjamin masa hadapan mereka. ix) Penyelidikan dan pembangunan Kajian lebih terperinci perlu dilakukan untuk mendapatkan maklumat yang tepat supaya perancangan yang lebih efektif dapat dilaksanakan bagi mensejahterakan warga tua. x) Media Media merupakan saluran penting dalam meningkatkan kesedaran berkaitan dengan warga tua dalam setiap lapisan masyarakat. Malaysia memerlukan pelan tindakan yang lebih komprehensif sebagai persediaan menjadi negara tua menjelang 2030, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin (2022). Beliau menjelaskan lagi bahawa persediaan ini bukan sahaja melibatkan perkhidmatan kesihatan sebaliknya turut merangkumi isu perumahan, pengangkutan, simpanan, kesejahteraan ekonomi dan sara hidup warga emas. Sehingga kini, kerajaan belum mewujudkan garis masa untuk penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) warga emas di Parlimen. Berdasarkan Pelan Strategik KPWKM 2021 -2025, RUU warga emas sepatutnya digubal pada tahun 2022 yang lalu. Malaysia perlu mengkaji halatuju dasar penuaan negara agar warga emas dapat akses dengan mudah kepada sistem kesihatan dan kebajikan yang holistik dan mereka tidak terpinggir dari arus pembangunan negara malah masih dapat memberikan sumbangan kepada negara. Penerapan Konsep MADANI dalam Perkhidmatan Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy