Varia Ranah - Penerapan Konsep Malaysia MADANI Dalam Perkhidmatan Awam 2023

107 VARIA RANAH 2023 Kepentingan Kepimpinan Transformasi dan Komunikasi Strategik untuk Melaksanakan Konsep Malaysia MADANI dalam Perkhidmatan Awam pentadbiran serta pelaksanaan agenda dan dasar baharu ini merupakan perkara yang perlu dititikberat oleh para pemimpin dalam membuat sebarang pertimbangan dan keputusan di dalam organisasi. Misalnya, pihak pemimpin serta pengurusan perlu menyediakan ruang untuk golongan pekerja menyalurkan aduan, cadangan dan perkara berkaitan dengan perubahan yang berlaku. KESIMPULAN Daripada penerangan di atas, apabila organisasi menggabungkan kepimpinan transformasi ditambah dengan komunikasi yang telus, jujur dan terbuka, ia sepatutnya memupuk keyakinan golongan pekerja terhadap organisasi serta mewujudkan kepercayaan dalam proses perubahan yang telah berlaku. Justeru, pemimpin perkhidmatan awam di Malaysia perlu mempertingkat dan merancang aktiviti organisasi yang boleh merangsang dan menambah baik pertukaran maklumat yang telus dan jujur dalam suasana yang membolehkan pekerja menyuarakan kebimbangan dan ketidakpastian mereka tentang pelaksanaan konsep Malaysia MADANI. Bukan sahaja itu malah perkhidmatan awam harus mengenal pasti pemimpin yang boleh menjadi jurucakap terbaik untuk agensi masing-masing dalam menangani isu berkaitan perubahan yang sedang dilaksanakan ini. Tindakan ini akan memupuk kepercayaan penjawat awam terhadap pemimpin perkhidmatan awam yang menerajui organisasi dalam era persekitaran yang tidak menentu kesan perubahan pesat akibat faktor dalaman dan luaran yang berlaku. Pemimpin perkhidmatan awam perlu menumpukan pengurusan perubahan kepada kepimpinan perubahan (kepimpinan transformasi), dan melaksanakan pelan komunikasi strategik yang terancang serta tersusun dalam menangani isu perubahan untuk meningkatkan kepercayaan penjawat awam terhadap agensi masing-masing dan seterusnya memberi kesan kepada keterbukaan golongan penjawat awam untuk berubah. Kesannya, pelaksanaan perubahan yang melibatkan konsep MADANI dalam perkhidmatan awam akan dapat dicapai sepenuhnya.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy