Varia Ranah - Penerapan Konsep Malaysia MADANI Dalam Perkhidmatan Awam 2023

106 Penerapan Konsep MADANI dalam Perkhidmatan Awam vi) Kepimpinan Melalui Tauladan Selain itu, KSU dan KP sebagai pemimpin perkhidmatan awam perlu menunjukkan kepimpinan melalui tauladan, iaitu sering turun padang untuk bertemu kumpulan sasaran yang berkaitan dengan perkhidmatan yang diberikan oleh kementerian/jabatan/agensi yang dipimpin. Tugas KSU/KP/KJ sebagai pemimpin yang perlu memfokuskan kepimpinan melalui tauladan dikenali sebagai role model yang penting untuk tindakan yang tidak menyenangkan, berbahaya, tidak konvensional atau kontroversi. Tindakan ini akan mempengaruhi komitmen golongan pekerja bawahan dengan menunjukkan contoh tingkah laku yang boleh dicontohi dalam interaksi sehari-hari dengan orang bawahan. Kaedah sebegini akan membolehkan para pemimpin mendengar aduan, cadangan dan luahan daripada rakyat jelata. Seterusnya, penyelesaian isu dan masalah rakyat akan dapat dilakukan dengan lebih holistik dengan mengambil kira faktor-faktor yang telah dibangkitkan melalui sesi turun padang serta libat urus yang telah dilaksanakan. Pendek kata, penjawat awam perlu bergandingan bersama-sama rakyat untuk mendepani perubahan dan menghasilkan dasar yang kukuh untuk dilaksanakan. vii) Komunikasi Yang Telus Kaedah komunikasi dan penyampaian maklumat berhubung konsep MADANI di dalam perkhidmatan awam hendaklah jelas, telus dan substantif. Umpamanya, setiap agensi dalam perkhidmatan awam mesti mengenal pasti jurucakap untuk menyampaikan maklumat berkaitan konsep dan dasar Malaysia MADANI melalui wadah seperti dialog awam (town hall), sesi turun padang, libat urus dan e-mel rasmi sebagai komunikasi berterusan melalui portal dan saluran dalaman. viii) Pelan Komunikasi Yang Bersepadu dan Terangkum Pelaksanaan pelan komunikasi yang bersesuaian hendaklah dirangka di peringkat kementerian/jabatan/agensi untuk memberi kesedaran dan kefahaman yang jelas terhadap pelaksanaan konsep MADANI ini. Selain itu, penyampaian maklumat melalui pelbagai medium komunikasi juga dilihat dapat melonjakkan kefahaman kumpulan sasaran seperti penjawat awam dan rakyat jelata berhubung konsep dan dasar MADANI yang diketengahkan oleh YAB Perdana Menteri. Contohnya, pelan komunikasi yang komprehensif telah dilaksanakan dengan mengintegrasikan pelbagai saluran komunikasi untuk menyampaikan maklumat berkaitan MADANI. Antaranya, pemasangan papan iklan MADANI di lebuh raya utama, penggunaan pengiklanan digital di dalam platform seperti papan iklan (billboard) digital serta medium komunikasi seperti media sosial untuk mengetengahkan mesej berkaitan MADANI kepada kumpulan sasaran yang telah dikenalpasti. Promosi dan publisiti mengenai kepentingan pelaksanaan konsep baharu ini hendaklah dirancang dengan teliti agar pelaksanaannya dapat difahami dan dijiwai oleh para penjawat awam selain memastikan jurang mesej berhubung konsep MADANI ini dapat dikurangkan melalui pelaksanaan aktiviti komunikasi yang berterusan. Jika penjawat awam tidak memahami mengapa perubahan berlaku di tempat kerja mereka, perkhidmatan awam akan menghadapi halangan dan cabaran untuk melaksanakan konsep dan dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan semasa. Pemimpin perkhidmatan awam tidak boleh menganggap bahawa penjawat awam memahami mengapa perubahan itu perlu dilaksanakan dalam organisasi. Semasa proses perubahan, pemimpin dan organisasi mesti membantu pekerja untuk memahami perubahan serta memotivasikan komitmen mereka (Galbraith, 2018). Proses perubahan kepada

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy