Varia Ranah - Penerapan Konsep Malaysia MADANI Dalam Perkhidmatan Awam 2023

105 VARIA RANAH 2023 Kepentingan Kepimpinan Transformasi dan Komunikasi Strategik untuk Melaksanakan Konsep Malaysia MADANI dalam Perkhidmatan Awam iii) Berkeyakinan dan Optimis Penghayatan, pemahaman seterusnya pelaksanaan dasar dan konsep MADANI dalam perkhidmatan awam ini perlu digerakkan oleh kepimpinan agensi kerajaan itu sendiri yang diketuai oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri KSN sebagai pemimpin utama perkhidmatan awam. KSU/KP/KJ agensi perkhidmatan awam merupakan gambaran terbaik dan perlu menjadi contoh dengan mengajak seluruh warga perkhidmatan awam di bawah agensi masing-masing untuk menyokong usaha murni kerajaan dengan tidak berbelah bahagi bagi melaksanakan kerangka dasar ini secara efektif dan tersusun. Setiap pemimpin hendaklah mempunyai hala tuju dan idea yang jelas ke arah merealisasikan matlamat dan objektif yang ditetapkan untuk konsep MADANI yang memfokuskan perjuangan untuk membasmi kemisikinan, penstrukturan semula ekonomi dan memulih serta menjana ekonomi dapat dicapai. Keyakinan terhadap konsep MADANI perlu ditunjukkan oleh setiap pemimpin dan bersikap optimis, bahawa konsep ini akan membuahkan kejayaan yang membanggakan kepada negara. Pemimpin agensi kerajaan yang terdiri daripada KSU/KP/KJ turut mempunyai obligasi untuk memberi kepercayaan serta keyakinan terhadap pelaksanaan konsep dan jenama Malaysia MADANI di dalam perkhidmatan awam. Setiap pemimpin ini harus memberi tumpuan ke atas pencapaian pelaksanaan kerangka dasar yang telah ditetapkan. iv) Menyatakan Keyakinan dan Kepercayaan ke atas Pengikut Setiap pemimpin utama dalam perkhidmatan awam harus menunjukkan sikap yang positif tentang pelaksanaan konsep MADANI di dalam perkhidmatan awam dengan menggalakkan penjawat awam di bawah seliaan dan tanggungjawab masing-masing untuk melihat persekitaran dan lanskap perubahan itu penuh dengan peluang serta pelaksanaannya perlu disambut oleh semua peringkat penjawat awam. Sikap positif yang ditunjukkan para pemimpin dan penyelia kepada golongan penjawat awam akan menyebabkan penjawat awam berasa terinspirasi dan bermotivasi. Pemimpin perlu memaklumkan penjawat awam di bawah seliaan masingmasing bahawa mereka perlu mempunyai keyakinan untuk melaksanakan konsep dan dasar MADANI ini yang akan membantu untuk meningkatkan motivasi dalam mencapai matlamat dan agenda konsep MADANI ini. Sebelum mencapai kejayaan, pasti ada halangan dan cabaran yang diperlu dilalui oleh setiap ahli pasukan di dalam organisasi yang dipimpin. Lantaran itu, setiap pemimpin perlu memberi analogi yang bersesuaian kepada golongan pekerja di bawahnya, bagaimana sesebuah organisasi atau unit di organisasi dapat merangka strategi ke arah kejayaan yang perlu diperoleh. v) Tindakan Simbolik Yang Dramatik Untuk Menekankan Nilai Utama Misi diperkukuh oleh tingkah laku kepimpinan yang konsisten dengan menunjukkan nilai keprihatinan atau objektif ditunjukkan melalui cara pemimpin/penyelia meluangkan masa, keputusan yang dibuat, soalan yang ditanya oleh pengurus, dan dengan apa tindakan yang diberikan ganjaran oleh pemimpin. Pemimpin perlu melakukan tindakan simbolik untuk mencapai objektif penting. Kesan tindakan simbolik meningkat apabila ia menjadi cerita dan mitos yang beredar di kalangan ahli organisasi dan diceritakan semula berulang kali selama bertahuntahun kepada golongan pekerja baharu. Lancefield dan Range (2021) membincangkan bahawa program transformasi yang berjaya memerlukan kepimpinan, tenaga dan pengalaman kolektif pasukan kepimpinan dan organisasi.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy