Varia Ranah - Penerapan Konsep Malaysia MADANI Dalam Perkhidmatan Awam 2023

104 Penerapan Konsep MADANI dalam Perkhidmatan Awam Pemimpin transformasi perlu membina komitmen kepada visi MADANI yang jelas berkaitan apa yang boleh dicapai serta membantu warga perkhidmatan awam memahami tujuan, objektif dan keutamaan organisasi pada masa ini. Selanjutnya, tingkah laku ini akan memberi makna terhadap kerja yang dilaksanakan, mengukuhkan harga diri, dan memupuk nilai kebersamaan dalam perkhidmatan awam. Akhir sekali, pemahaman visi MADANI akan membimbing tindakan dan keputusan setiap penjawat awam dalam melaksanakan tugas ke arah mencapai objektif yang ditetapkan untuk MADANI. ii) Bagaimana Hendak Mencapai Visi Setiap agensi kerajaan perlu mempunyai ketua atau pemimpin yang berupaya memainkan peranan utama secara konsisten dalam menyumbang ke arah kecekapan dan kepuasan penjawat awam yang terlibat secara langsung untuk melaksanakan setiap program dan aktiviti bawah konsep MADANI. KSU/KP/KJ bagi setiap kementerian/jabatan/agensi kerajaan perlu menyambut saranan YBhg. Tan Sri Dato’ Seri KSN untuk menggalakkan serta mempengaruhi warga perkhidmatan awam di bawah tanggungjawab masing-masing untuk memberi komitmen yang menyeluruh untuk melaksanakan program dan ikhtiar MADANI mengikut fungsi teras dan peranan kementerian/ jabatan/ agensi masing -masing. Perkara yang perlu dilaksanakan adalah untuk mewujudkan hubungan yang jelas antara misi dan strategi bagi mencapai dasar ini. Pemimpin hendaklah menumpukan perhatian ke atas isu-isu utama yang berbangkit selain memastikan pelan terperinci dan langkah-langkah serta tindakan tentang cara mencapai visi MADANI. Pemimpin perlu memberi kesedaran kepada penjawat awam bahawa mereka mempunyai peranan penting dalam mencari tindakan khusus yang perlu dilaksanakan untuk mencapai visi dasar ini.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy