103 VARIA RANAH 2023 Kepentingan Kepimpinan Transformasi dan Komunikasi Strategik untuk Melaksanakan Konsep Malaysia MADANI dalam Perkhidmatan Awam bahawa pemimpin dalam sesebuah organisasi di setiap peringkat terlibat dalam mengurus perubahan yang berlaku kesan ketidaktentuan politik, ekonomi, sosial, sosial, alam sekitar ekonomi dan perundangan. Pemimpin di peringkat pengurusan akan menentukan nada dan hala tuju bagi organisasi manakala pemimpin barisan hadapan dan ketua pasukan turut mempunyai peranan yang penting dalam bersama-sama mengubah daya berfikir pengikut yang dipimpin semasa proses perubahan sedang berlaku. Sementara itu, para pemimpin perkhidmatan awam merupakan penggerak kepada perubahan yang berlaku dalam perkhidmatan awam. Kepimpinan tertinggi dan pemimpin di pelbagai peringkat dalam perkhidmatan awam hendaklah terlebih dahulu mempunyai keterbukaan untuk berubah dan bertindak balas terhadap perubahan yang berlaku. Tuntutan perubahan ini menyebabkan para pemimpin perkhidmatan awam perlu memberi respon yang berterusan untuk menghasilkan produktiviti yang cemerlang. Oleh itu, peranan pemimpin di setiap peringkat selaku pengurus perubahan adalah penting disebabkan kedekatan pemimpin tersebut dengan para pemegang taruh yang berkaitan seperti pelanggan dalaman dan luaran organisasi. Ini untuk memastikan peluang dan ancaman yang timbul dapat dikenalpasti dan diubahsuai mengikut keperluan pelaksanaan perubahan (Boris, 2020). Dalam masa yang sama, kepimpinan transformasi dapat memangkin pelaksanaan konsep dan dasar MADANI di kalangan warga perkhidmatan awam. Kepimpinan transformasi akan membantu perkhidmatan awam untuk mencapai matlamat yang ditetapkan melalui pemimpin mengajak dan mempengaruhi penjawat awam yang dipimpin untuk melaksanakan agenda serta pelan tindakan yang dirancang. Para pemimpin perkhidmatan awam boleh mengadaptasi garis panduan kepimpinan transformasi (Yukl, 2013) dalam memimpin kementerian/jabatan/agensi. Pemimpin dan pengurus dalam perkhidmatan awam perlu mempunyai kesedaran kendiri bahawa perubahan yang berlaku mempunyai cabaran dan halangan tersendiri. Oleh itu, setiap pemimpin perlu mendapat mandat dan arahan yang jelas daripada pihak atasan dan pemimpin utama kerajaan mengenai perubahan yang sedang dilaksanakan. Sifat dan gaya kepimpinan setiap pemimpin akan dapat dilonjakkan dengan kemahiran dan strategi komunikasi yang baik, terutamanya dalam penyampaian maklumat berkaitan perubahan dasar yang sedang dilaksanakan ini. Amat penting maklumat yang tepat disampaikan kepada kumpulan sasaran berkaitan dengan berkongsi apa yang diharapkan akan berubah dan bagaimana para pemimpin boleh bekerjasama dengan golongan pekerja bawahan dalam memastikan perubahan yang dibuat adalah efektif dan berkesan (Braley, 2021). i) Mempunyai Visi Yang Jelas dan Menarik Sebaliknya, komunikasi yang berlaku semasa perubahan adalah satu lagi faktor utama yang boleh mempengaruhi penerimaan perubahan di kalangan penjawat awam. Pertukaran kerajaan persekutuan dari satu parti politik ke satu politik yang lain bukanlah satu kebiasaan tetapi kini menjadi perkara normal. Sekaligus, peralihan kerajaan yang berlaku membawa perubahan kepada dasar dan pembaharuan hala tuju perkhidmatan awam selaras dengan agenda dan manisfesto yang dibawa oleh kerajaan semasa. Konsep dan jenama MADANI adalah konsep baharu yang perlu difahami oleh setiap lapisan jentera pentadbiran kerajaan. Penjawat awam merupakan tonggak negara, yang mana kumpulan ini perlu membawa dan melaksanakan perubahan yang berlaku demi kebaikan negara. YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara (KSN) dalam Majlis Amanat Ketua Setiausaha Negara 2023 pada 9 Februari 2023 yang lalu, mengingatkan para penjawat awam agar sentiasa memberi komitmen dan bertanggungjawab dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dengan melaksanakan dasar kerajaan yang memerintah.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy