Varia Ranah - Penerapan Konsep Malaysia MADANI Dalam Perkhidmatan Awam 2023

102 Penerapan Konsep MADANI dalam Perkhidmatan Awam C. Komunikasi Strategik Komunikasi merupakan teras dalam segala aktiviti yang dilaksanakan di peringkat dalaman dan luaran organisasi serta elemen yang penting dalam sesebuah organisasi untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Komunikasi strategik ditakrifkan komunikasi yang digunakan bertujuan atau berencana oleh organisasi untuk mencapai matlamat (Mahbob et al., 2019). Konsep strategik yang dimaksudkan adalah bersifat terancang dan bukannya secara rawak. Mengikut Hallahan et al. (2007) sesuatu perkara yang tidak dirancang termasuklah akibat yang tidak terancang boleh memberi kesan negatif terhadap keupayaan organisasi untuk mencapai matlamat strategik organisasi. Konsep ini menekankan komunikasi sebagai suatu elemen yang sangat penting khususnya apabila komunikasi dilihat sebagai aktiviti pengurusan yang bersifat substanstif. Berdasarkan kajian lepas, perancangan yang teliti, pelaksanaan yang berhati-hati serta penilaian yang berterusan akan memastikan kejayaan komunikasi tersebut. Selanjutnya, Mahbob et al. (2019) menerangkan terdapat tiga perspektif utama dalam pelaksanaan komunikasi strategik di dalam sesebuah organisasi iaitu perancangan, pelaksanaan dan penilaian komunikasi. Perancangan komunikasi melibatkan pelan utama dan agenda yang memberikan tumpuan kepada penjenamaan organisasi dan produknya, mengerahkan pengurus dan kakitangan melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cekap, dan mengadvokasi dasar, peraturan dan undang-undang yang menjadi kerangka operasi dalam organsisasi (Patterson & Radtke, 2009). Sehubungan itu, komunikasi strategik merupakan keterangkuman dalam penggunaan pelbagai bentuk elemen komunikasi, termasuk integrasi teknologi media dan komunikasi dalam mewujudkan komunikasi yang efisien dan efektif yang mana ia mempengaruhi pola pengurusan organisasi (Sharita et al., 2017). D. Perkhidmatan Awam Awang (2006) membincangkan bahawa perkhidmatan awam merupakan agensi kerajaan yang bertanggungjawab melaksanakan segala dasar kerajaan, undang-undang, arahan, peraturan dan tindakan-tindakan kerajaan dengan menggubal atau memilih dasar-dasar yang dibuat sepenuhnya oleh kerajaan walaupun sebahagian input yang diambil daripada pendapat umum (public opinion) serta pihak swasta. PERBINCANGAN A. Kepentingan Kepimpinan Transformasi dan Komunikasi Startegik bagi Pelaksanaan Konsep MADANI dalam Perkhidmatan Awam Melalui kepimpinan transformasi, pemimpin perkhidmatan awam perlu mempengaruhi golongan penjawat awam yang dipimpin untuk berasa percaya, kagum, setia dan hormat terhadapnya, hasilnya penjawat awam akan bermotivasi untuk melakukan lebih daripada yang diharapkan pada asalnya. Selain itu, Ketua Setiausaha(KSU)/Ketua Pengarah (KP)/Ketua Jabatan(KJ) selaku pemimpin utama dalam perkhidmatan awam perlu mengubah dan memotivasikan penjawat awam dengan memberi kesedaran berhubung kepentingan serta impak sesuatu tugas, memberi dorongan untuk meletakkan kepentingan organisasi lebih daripada kepentingan peribadi dan mengaktifkan kepentingan di peringkat tertinggi (Yukl, 2013) bagi diri setiap penjawat awam yang dipimpin. Borris (2020) turut berpandangan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy