Varia Ranah - Penerapan Konsep Malaysia MADANI Dalam Perkhidmatan Awam 2023

100 Penerapan Konsep MADANI dalam Perkhidmatan Awam bertukar. Walhal daripada itu, konsep Malaysia MADANI ini merupakan agenda utama kerajaan semasa dalam membawa agenda pembaharuan dengan matlamat akhir menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan negara. Bukan sahaja itu malah konsep dan dasar Malaysia MADANI didatangkan dengan naratif komunikasi yang terangkum oleh pihak yang berkepentingan seperti pasukan komunikasi YAB Perdana Menteri. Ini dapat dilihat dengan penggunaan pelbagai saluran komunikasi dan penyediaan pelan komunikasi khusus untuk mempromosi dan mempertingkatkan kesedaran khalayak berhubung konsep MADANI. Walau bagaimanapun, Malaysia MADANI merupakan jenama baharu yang perlu difahami oleh setiap peringkat rakyat di negara ini terutamanya para penjawat awam yang merupakan pelaksana kepada dasar serta agenda kerajaan. Seterusnya, Yahya (2023) berpandangan timbul persoalan berhubung pemahaman konsep MADANI dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum terutamanya masyarakat bukan Islam kerana pemilihan terma atau perkataan MADANI tersebut kedengaran seperti bahasa Arab yang mana berkemungkinan ramai yang tidak jelas berhubung maksud terma yang digunapakai. Apabila mesej utama tidak difahami dengan jelas maka usaha untuk memastikan objektif pelaksanaan konsep dan dasar ini dipenuhi akan terencat. Malaysia MADANI perlu dipromosikan dengan lebih strategik untuk menjayakan visi dan objektif gagasan Malaysia MADANI dengan melaksanakan aktiviti secara menyeluruh dalam usaha melahirkan masyarakat yang baik, mampan, sejahtera, mempunyai daya cipta, nilai hormat dan keyakinan sertai ihsan. Pada masa yang sama, Ewenstein et al. (2015) menerangkan bahawa kajian lepas menunjukkan 70 peratus daripada sebahagian besar program perubahan di organisasi gagal disebabkan rintangan oleh pekerja serta kekurangan sokongan pengurusan. Justeru itu, adalah penting bagi perkhidmatan awam memastikan setiap pemimpin yang menggerak pelaksanaan konsep MADANI di agensi kerajaan mempunyai keupayaan strategik dalam memimpin proses perubahan dengan melaksanakan komunikasi yang berkesan terutamanya yang melibatkan pihak berkepentingan seperti penjawat awam.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy