Varia Ranah - Penerapan Konsep Malaysia MADANI Dalam Perkhidmatan Awam 2023

9 A. Polisi Kerajaan Di Malaysia, Dasar Warga Emas Negara 2011 merupakan tonggak kepada kelestarian perlindungan hak serta pembangunan potensi warga emas dalam menjamin kehidupan senja lebih berkualiti (Dr. Mashitah Abdul Mutalib, 2022). Pada peringkat nasional, dokumen dan dasar yang dirujuk dalam penilaian semula Dasar Warga Tua Negara adalah (Dasar Warga Emas Negara 2011): Dasar Warga Emas Negara merupakan satu dokumen yang menyatakan komitmen Kerajaan bagi mewujudkan warga emas yang berdikari, bermartabat diri dan dihormati dengan mengoptimumkan potensi diri individu melalui penuaan sihat, positif, aktif, produktif dan menyokong untuk meningkatkan kesejahteraan hidup dalam pembangunan negara. Matlamat dasar ini adalah untuk mendayaupayakan individu, keluarga dan masyarakat dengan menyediakan perkhidmatan mesra warga emas yang cekap dan berkesan serta membangunkan persekitaran yang memboleh dan membantu supaya warga emas hidup lestari dan sejahtera. Selain dari itu, pelan tindakan dasar ini turut memberikan keutamaan kepada isu perumahan, kesihatan, keperluan penyelidikan berkaitan penuaan serta publisiti umum demi kesejahteraan warga emas (Pelan Tindakan Warga Emas Negara 2011 & Norliza, 2022). Objektif Dasar Warga Tua Kebangsaan (1995), untuk meningkatkan kehormatan dan martabat diri warga tua, memajukan potensi warga tua agar terus aktif dan produktif seta menggalakkan pewujudan kemudahan tertentu untuk menjamin penjagaan dan pelindungan mereka. Antara perkara yang boleh dilaksanakan untuk mencapai objektif ini adalah: i) Pendidikan Penyediaan kemudahan-kemudahan pendidikan dan latihan agar warga tua dapat mengikuti kursus bagi mengembangkan potensi diri mereka ke tahap yang optimum serta bersesuaian dengan perubahan persekitran. Sekiranya ini dapat digembeling, tenaga dan kemahiran warga tua berpotensi untuk di serap dalam tenaga kerja mahir yang dapat mengisi kelompongan yang berlaku di pasaran buruh. Penyediaaan korikulum pendidikan kekeluargaan kepada generasi muda agar mereka lebih memahami dan dapat menghayati warga tua. ii) Pekerjaan Sumbangan warga tua kepada negara dapat diteruskan berdasarkan kepada kemahiran dan pengalaman mereka. Selain dari itu, dengan adanya kemudahan pendidikan dan latihan untuk mengembangkan potensi warga tua juga dapat memberikan sumbangan kepada pembangunan negara. Secara tidak langsung ini turut membantu setiap individu warga tua menjana pendapatan dan seterusnya mensejahterakan kehidupan mereka. MELANGKAH KE HADAPAN VARIA RANAH 2023 Malaysia Negara Menua: Peranan Jentera Kerajaan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy