Teras Strategik Perkhidmatan Awam dan Pelan Strategik Jabatan Perkhidmatan Awam 2026-2030
PELAN STRATEGIK JABATAN PERKHIDMATAN AWAM 2026-2030 [ 84 ] Penutup PSJPA 2026–2030 merupakan komitmen padu JPA untuk menerajui usaha- usaha ke arah pencapaian Visi – Perkhidmatan Awam Berintegriti, Tangkas, dan Berpaksikan Rakyat. Misi JPA adalah untuk menerajui perkhidmatan awam berprestasi tinggi kerana perkhidmatan awam adalah nadi penggerak agenda pembangunan negara yang akan memastikan kesejahteraan dan peningkatan kualiti hidup rakyat. Kejayaan pelaksanaan PSJPA 2026–2030 amat bergantung kepada kerjasama dan komitmen jitu daripada semua pihak, termasuklah warga JPA, agensi Kerajaan, rakan strategik, sektor swasta, dan pelanggan JPA yang turut terdiri daripada rakyat. Dengan pelaksanaan yang bersungguh-sungguh dan pemantauan yang rapi, adalah diyakini bahawa Visi, Misi dan sasaran yang digariskan dalam pelan strategik ini akan dapat dicapai, seterusnya memperkukuh ekosistem perkhidmatan awam dan akhirnya menyumbang kepada kemakmuran dan kesejahteraan negara. Dokumen ini adalah sah pada tarikh ia dilancarkan [ 20 Januari 2026 ]. Dokumen disediakan oleh: Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar (BPPD) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) 20 Januari 2026
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy