Teras Strategik Perkhidmatan Awam dan Pelan Strategik Jabatan Perkhidmatan Awam 2026-2030
PELAN STRATEGIK JABATAN PERKHIDMATAN AWAM 2026-2030 [ 53 ] Secara keseluruhannya, kelima-lima TSPA ini membentuk satu ekosistem menyeluruh yang menghubungkan PSM, tadbir urus organisasi dan penyampaian perkhidmatan sebagai dimensi generik secara terancang dan saling melengkapi. Melalui pemakaian dan pengadaptasian TSPA dalam PSOSA, setiap Kementerian, Jabatan dan Agensi bukan sahaja dapat menggabungkan aspek dalaman PSM dan tatakelola dalam pelan strategik organisasi masing-masing, malah menyumbang secara kolektif kepada pencapaian SKU TSPA yang dijajarkan dengan sasaran nasional di bawah RMK-13. SKU setiap TSPA juga adalah bersifat sepunya dan memerlukan komitmen jitu daripada seluruh Kementerian, Agensi dan Jabatan Kerajaan untuk mencapainya. Justeru, TSPA berperanan sebagai dimensi generik yang memudahkan penyelarasan, penyepaduan dan pengukuran prestasi perkhidmatan awam secara lebih sistematik ke arah sebuah perkhidmatan awam yang cekap, tangkas, berintegriti dan berteraskan aspirasi Malaysia MADANI. SKU bagi setiap TSPA yang dijajarkan dengan sasaran RMK-13, adalah seperti dalam rajah di bawah. Sasaran Keberhasilan Utama
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy