Teras Strategik Perkhidmatan Awam dan Pelan Strategik Jabatan Perkhidmatan Awam 2026-2030

PELAN STRATEGIK JABATAN PERKHIDMATAN AWAM 2026-2030 [ 47 ] Teras ini memberi fokus kepada pengukuhan tatakelola organisasi, pengurusan prestasi dan akauntabiliti agensi awam dengan menambah baik kerangka perundangan tadbir urus, akauntabiliti entiti kerajaan dan pengurusan prestasi. Sistem tadbir urus perlu lebih terbuka bagi kritikan dan penambahbaikan selain menyokong sistem penyampaian kerajaan yang menyeluruh ( total government ). Bagi mencapai sasaran ini, dua strategi yang digariskan adalah seperti berikut: • Meningkatkan pematuhan dasar dan peraturan tadbir urus (integrasi keberhasilan agensi awam dengan aktiviti pemantauan dan naziran); dan • Membudayakan nilai integriti, ketelusan dan akauntabiliti (pembudayaan nilai dan penguatkuasaan undang- undang). Pengukuhan tatakelola ini secara langsung dapat memastikan objektif penggunaan sumber secara optimum (TSPA 1) dicapai. Pematuhan kepada peraturan tadbir urus berdasarkan prinsip keterbukaan, integriti, akauntabiliti dan semak imbang dapat memastikan kecekapan pengurusan kewangan dan sumber, serta mengelakkan ketirisan atau pembaziran. Aktiviti-aktiviti naziran dan audit diperkukuhkan dengan keutamaan kepada aspek tindakan penyelesaian terhadap ketidakpatuhan sesuatu peraturan. Perkara ini adalah untuk mengelakkan kelemahan pematuhan kepada peraturan tadbir urus yang berulang. Aspek pembudayaan integriti, nilai dan budaya kerja baik dalam organisasi juga ditekankan bagi memastikan pegawai awam melaksanakan tanggungjawab dengan amanah, jujur dan bersih daripada sebarang salah laku yang boleh merugikan Kerajaan. TSPA 4 Tatakelola Baik Sektor Awam Kaunter JPA yang sentiasa bersedia memberi khidmat kepada pegawai awam dan pesara

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy