Teras Strategik Perkhidmatan Awam dan Pelan Strategik Jabatan Perkhidmatan Awam 2026-2030

PELAN STRATEGIK JABATAN PERKHIDMATAN AWAM 2026-2030 [ 45 ] TSPA ini menekankan kepentingan untuk meningkatkan keupayaan dan keberkesanan kepimpinan sektor awam yang dapat memperkukuh budaya dan nilai organisasi bagi menggerak perubahan dan penambahbaikan secara berterusan dan mampan. Dua strategi berkaitan TSPA ini adalah: • Mengukuhkan pembangunan dan penilaian kepimpinan berasaskan pencapaian (mengukuhkan mekanisme penilaian bagi mengenal pasti bakat berpotensi dan pemantapan program dan pengurusan kepimpinan); dan • Memantapkan kompetensi kepemimpinan (pengukuhan kepimpinan bagi melahirkan pemimpin pelapis dan meningkatkan keupayaan pemimpin bagi pemerkasaan budaya dan nilai organisasi berprestasi tinggi). Kedua-dua strategi ini bermatlamatkan untuk memperkukuh dasar dan kerangka perancangan pengurusan kepimpinan secara sistematik, objektif dan boleh dipercayai. Keberkesanan pengurusan kepimpinan akan meningkatkan kecekapan penggantian dan kumpulan bakat sektor awam ( talent pool ) serta menjadi keutamaan dalam pengurusan dan perancangan pembangunan keupayaan kepimpinan organisasi awam. Dalam masa yang sama, program pembangunan dan penilaian kepimpinan berasaskan pencapaian diperkukuhkan dalam mengenal pasti potensi pemimpin dalam kelompok bakat terbaik. Ia membolehkan proses pembangunan kepimpinan dilaksanakan dengan lebih strategik berdasarkan jurang dan hala tuju yang diperlukan. Potensi-potensi yang dikenal pasti digilap dan diuji melalui proses penempatan ke perjawatan strategik, coaching dan sebagainya untuk mendapatkan ketepatan dalam penilaian dan proses pembangunan kepimpinan dan kepemimpinan yang holistik. TSPA 3 Kepimpinan Membudaya Nilai Menggerak Perubahan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy